• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB1100 RS (88hp) - Superbike Retro 70-an Kini di Malaysia, Harga RM75,999

Honda CB1100 RS (88hp) - Superbike Retro 70-an Kini di Malaysia, Harga RM75,999

January 24, 2019 By AI Leave a Comment

482
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK ketinggalan Boon Siew Honda (BSH) turut mengejutkan pasaran tempatan apabila memperkenalkan model superbike retro, CB1100 RS yang bergaya retro 70-an dan akan dijual pada harga RM75,999. Kepada yang berminat, bolehlah membuat tempahan menerusi wakil pengedar BSH terdekat.

ENJIN 1100cc DOHC (80hp, 91Nm)

Honda CB1100 RS-4
Honda CB1100 RS-13
Honda CB1100 RS-6

CB1100 RS dijana enjin 4-lejang 1,140cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 88hp @ 7,500rpm dan tork 91Nm @ 5,500rpm, manakala hantaran kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan dengan klac multiplat basah.

BACA >>> Honda CB 650R (2019) Ilham Model Konsep Neo Sport Cafe Debut di EICMA 2018?

BREK ABS, SUSPENSI SHOWA

Keselesaan tunggangan disokong casis dengan geometri tajam, dan suspensi depan Showa Dual Bending Valve (SDBV) lebih keras dan Twin Showa jenis piggyback di belakang. Penampilan retro klasik CB1100 RS ini kemudian dipadankan rim aluminium tempa 17-inci dengan brek kaliper 4-piston dual radial berserta ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk cengkaman brek lebih meyakinkan.

Ditawarkan dalam dua pilihan warna: Darkness Black Metallic (hitam) dan Mat Beta Silver Metallic (perak metalik).

BACA >>> Boon Siew Honda Lancar Cafe Racer Moden, Honda CB1000R (2018) Esok?

Walaupun berharga keras, tetapi bagi mereka yang memang sekian lama mengidam mahu menunggang sebuah superbike gaya klasik, inilah masanya. CB1100 RS pasti dapat memuaskan hati anda!

GALERI
482
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my