• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Scrambler Icon Dark (2020) yang Paling Mampu Milik, RM41k Sahaja (Harga UK)

Ducati Scrambler Icon Dark (2020) yang Paling Mampu Milik, RM41k Sahaja (Harga UK)

October 25, 2019 By Aryon Leave a Comment

319
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN naked bike Streetfighter V4, Ducati turut mengumumkan Scrambler Icon Dark untuk barisan baharu model 2020 sebagai jentera mampu milik dalam famili retro.

Berasaskan Scrambler Icon penyejukan udara 803cc sedia ada, jentera baharu ini akan tiba pada November nanti pada harga £7,595 (RM40,850), menjadikan ia model retro saiz pertengahan Ducati paling murah, tetapi masih mahal £496 (RM2,667) daripada pesaing lawan, Yamaha XSR700.

BACA >>> Ducati Scrambler Full Throttle (2019) Kini Tampil Rekabentuk Lebih Kemas

Bagaimanapun, tidak seperti model lawan itu, Scrambler Icon Dark dilengkapi ciri ABS belokan dual-saluran seperti Scramble 803cc lain, berserta instrumen LCD, termasuk indikator gear dan tahap minyak.

Mendapat kemasan hitam kusam, dengan frem trellis twin-spar hitam dan pelana dengan rim kelabu, jentera baharu ini turu memiliki tangki minyak 'air mata' yang siap dengan panel sisi aluminium boleh tukar.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Ducati Scrambler 1100 Kini Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM83k

Meneruskan tema hitam model retro ini ialah swingarm aluminium tempa, cermin sisi bulat dan rim aloi 10 jejari dalam saiz 18 inci di depan dan 17 inci di belakang yang disalut tayar enduro Pirelli MT60 RS.

Tinggi pelana 798mm, manakala berat cuma 175kg. Bar hendal direka lebar dengan posisi tunggang relaks supaya selesa mengekang output kuasa 72.5hp. Memadai untuk menampung jentera gaya begini.

Selain itu, Scrambler Icon Dark turut memiliki Sistem Multimedia Ducati (DMS) yang membolehkan penunggang menghubungkan telefon pintar untuk mendengar muzik, menjawab panggilan telefon dan lain-lain.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Didedahkan, 208hp, 123Nm!

GALERI

SUMBER: MCN

Related

319
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Scrambler Icon, Ducati Scrambler Icon Dark, roda2, scrambler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my