• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TMS2019: Toyota Tampil Unik dengan Pameran Elektrifikasi, Mobiliti Masa Depan

#TMS2019: Toyota Tampil Unik dengan Pameran Elektrifikasi, Mobiliti Masa Depan

October 28, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRESIDEN Toyota Motor Corporation (Toyota), Akio Toyoda pada Oktober tahun lalu mengeluarkan kenyataan yang membentuk hala tuju baharu syarikat ke tahap seterusnya.

Menurut Akio, pada kurun sebelumnya, dianggarkan 15 juta kuda di Amerika Syarikat (AS) digantikan dengan jumlah sama untuk kereta. Beliau sedar betapa industri automotif bakal memasuki fasa baharu pada setiap 100 tahun yang mana elektrifikasi, automasi, konektiviti, dan perkongsian sedang berkembang pesat.

Banyak pandangan penting diutarakan Akio. Paling signifikan, beliau berazam mentransformasikan Toyota daripada pengeluar kereta kepada syarikat mobiliti.

BACA >>> Toyota 'Tokyo 2020 Version' - Kenderaan e-Palet untuk Atlet Olimpik, Paralimpik 2020

ATLET PARALIMPIK CETUS ILHAM

Pencetus kepada pengukuhan visi tersebut berlaku pada 2017 apabila Akio bertemu seorang atlet Paralimpik. Menurutnya, atlet wanita itu ditimpa kemalangan teruk hingga membuatkan dia bencikan kereta. Namun, pandangannya berubah apabila mengetahui Toyota akan menaja Sukan Paralimpik 2020. Dia sedar, kereta juga dapat membantu membina semula kehidupannya dan inilah yang cuba dilakukan Toyota.

Sempena Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Toyota tampil meriah dengan 'Taman Tema Mobiliti'. Jika reruai pengeluar lain mempamerkan pelbagai model konsep dan terbaru, sebaliknya Toyota mengambil jalan berbeza apabila membawa aneka robot dan mobiliti yang menampilkan visi masa depan pengeluar itu.

Toyota cuba menarik minat pengunjung, termasuk kanak-kanak dan golongan muda yang bakal menjadi pengguna masa depan. Apakah dipamerkan Toyota? Memang banyak daripada penyapu hingga robot yang boleh berinteraksi dengan manusia.

BACA >>> #TMS2019: Toyota Mirai Concept (2020) - Kenderaan Elektrik Hidrogen yang Sifar Emisi

SENARAI ROBOT DAN KENDERAAN TOYOTA DI TMS 2019

  • T-HR3 - Robot yang pandai berinteraksi mengikut gerakan pengendalinya.
  • HSR - Robot yang mampu mengecam, memegang dan membawa objek seperti minuman dan sebagainya.
  • Micro Palette - Robot penghantar barangan kecil seperti ubat-ubatan dan makanan kepada orang disayangi. Diprogramkan untuk mempunyai perasaan.
  • e-Palette - Kenderaan tanpa pemandu yang mempunyai fungsi hiburan dan ruang untuk manusia menikmati hobi dan turut menawarkan servis.
  • e-Racer - Permainan kereta dengan teknologi maya masa depan. Pengguna boleh menghasilkan sut perlumbaan khas dan contoh perkara menyeronokkan pada masa depan. Dengan cermin mata digital khas, pengguna dapat mencuba pengalaman di litar lumba dan membina kerusi mengikut kemahuan dan badan sendiri.
  • e-Broom - Penyapu boleh terbang sebagai objek realiti untuk kegunaan manusia. Bayangkan satu masa nanti penyapu mampu membawa manusia terbang ke sana sini?
  • e-Trans - Definisi kenderaan perkongsian masa depan. Van ini mampu membawa ramai penumpang dan pelbagai barangan.
  • e-Chargeair - Kebergantungan manusia kepada peranti elektronik membuatkan Toyota mencipta e-Chargeair, iaitu peranti pengecas bateri tanpa wayar. Ia mampu mengecas kenderaan bateri (BEV) dan boleh menjadi pembekal tenaga elektrik. Ia benar-benar pelbagai guna apabila boleh menjadi penapis udara dan penyedia Wi-Fi.
  • e-Care - Pengguna boleh menggunakannya untuk menjalani pemeriksaan perubatan dalam perjalanan ke hospital dan berinteraksi dengan doktor. Kenderaan ini juga boleh ke mana-mana destinasi seperti rumah dan tempat lain.
  • Kedai Serba Guna (convenience) - Di akhir lawatan, pengunjung boleh melawat kedai ini dan menukar kad residen yang diperoleh dengan pelbagai barangan.

Konsep dan pameran dibawakan Toyota sempenan TMS 2019 memang menarik. Ia membayangkan kehidupan manusia pada masa depan dan bukan menumpukan kepada sekadar pameran kereta.

Bayangkan kehidupan kita pada masa depan akan dibantu robot-robot kecil dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang dikatakan Akio memang patut direnungkan dan beliau ada tanggungjawab besar dalam mencorakkan masa depan Toyota yang diasaskan moyangnya.

Toyota, daripada pembuat mesin jahit kepada kenderaan dan kini robot dan mobiliti masa depan?

BACA >>> Toyota Yaris (2020) Serba Baharu Didedahkan, Kini dengan Rekabentuk Lebih Seksi

GALERI
T-HR3
Mobility Theme Park
Mobility Theme Park 1
HSR
e-Palette
e-broom
TOYOTA Micro Palette
TOYOTA Micro Palette 6
TOYOTA Micro Palette 5
TOYOTA Micro Palette 4
TOYOTA Micro Palette 3
TOYOTA Micro Palette 2.
TOYOTA Micro e-RACER
TOYOTA Micro e-RACER 3
TOYOTA Micro e-RACER 2
TOYOTA Micro e-RACER 1
TOYOTA Micro e-Palette
TOYOTA Micro e-Palette 1
Toyota e-Trans
Toyota e-Trans 1
TOYOTA e-Chargeair
TOYOTA e-Chargeair 1
TOYOTA e-Care
TOYOTA e-Care 1
Toyota e-4me
Toyota e-4me 1
Toyota conveniece store

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Pameran Motor Tokyo, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Tokyo Motor Show (TMS) 2019, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev