• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Bakal Lancar 6 Model Elektrik dalam 36 Bulan Selepas e dan Jazz

Honda Bakal Lancar 6 Model Elektrik dalam 36 Bulan Selepas e dan Jazz

October 25, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAMERAN Motor Tokyo (TMS) 2019 berlangsung ibarat pesta untuk kenderaan elektrifikasi. Pelbagai model dilancarkan dan menarik perhatian umum seperti debut global Honda Fit (Jazz). Honda turut mengesahkan Jazz pasaran Eropah hanya akan ditawarkan dalam versi hibrid.

Honda ada misi besar di rantau itu dan baru saja mengumumkan pelan terbaharu untuk kenderaan elektrifikasi. Jika sebelum ini pengeluar itu mensasarkan semua model massa di Eropah menggunakan teknologi elektrifikasi menjelang 2025, tetapi kini misi itu disasarkan lebih awal, iaitu pada 2022.

BACA >>> #TMS2019: Honda Jazz (2020) Serba Baharu Lancar, Lebih Feminin dan Lebih Selesa

honda-e-ev-2019-7
honda-fit-hybrid-2020

Sasaran baharu tiga tahun lebih awal itu menunjukkan keyakinan dan kemampuan Honda dalam membangunkan teknologi trenkuasa elektrik dan hibrid. Ia juga menunjukkan fasa peralihan signifikan pengeluar automotif dari Jepun itu daripada teknologi konvensional kepada teknologi baharu.

Secara terperinci, Honda bakal melancarkan enam model elektrifikasi dalam tempoh 36 bulan akan datang yang dirintis Honda e dan Jazz Hybrid.

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!

e:TECHNOLOGY - IDENTITI GLOBAL BAHARU HONDA

Honda turut mengumumkan penjenamaan e:Technology (e-TEC?), khas untuk produk elektrifikasi daripada pelbagai divisyen di bawah satu identiti global. Selain identiti produk mesra alam, jenama baharu itu juga merujuk kepada jenis trenkuasa.

Jazz ialah model pertama Honda yang menggunakan jenama e:HEV, bermaksud 'Hybrid Electric Vehicle'. Keunikan Jazz Hybrid ialah teknologi dua motor tanpa kotak gear yang digunakan lebih awal pada CR-V Hybrid, dan terkenal dengan kecekapan bahan api.

Berbeza teknologi hibrid konvensional dengan motor elektrik untuk membantu enjin, Jazz e:HEV berfungsi terbalik, iaitu enjin menghasilkan elektrik untuk membantu motor.

BACA >>> Honda Patenkan Nama Model Baharu, Jazz Versi Lasak Bakal Muncul?

6 MODEL ELEKTRIK, 36 BULAN DI EROPAH

Honda sebenarnya sudah lama menceburi bidang elektrifikasi. Di Malaysia misalnya, Civic Hybrid dilancarkan lama dahulu sebelum disusuli model seperti Insight, CR-Z, dua generasi Jazz, City dan paling baharu HR-V Hybrid. Cuma agenda pengeluar itu dibayangi teknologi konvensional.

Kini usaha itu mahu disepadukan. Selain Jazz dan Honda e, ada enam lagi model elektrifikasi akan dilancarkan di Eropah dalam tempoh 36 bulan akan datang. Ia menjadi mudah kerana Honda sudah pun ada pelbagai model hibrid dan ditambah pula model janaan bateri elektrik (BEV).

Selepas menempuh pelbagai era, daripada enjin CVCC, VTEC, i-VTEC, VTEC Turbo, Honda kini mula beralih ke fasa baharu. Namun segalanya masih dibayangi ketidakpastian, terutama sambutan pengguna.

BACA >>> #TMS2019: Honda CT125 Concept - Kapcai Scrambler yang Bakal Masuk Pengeluaran

Related

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: EV, hatchback segmen-B, hatchback subkompak, hibrid, Honda, Honda E, Honda Fit (2020), Honda Jazz (2020), Honda Jazz Hybrid, Roda4, subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev