• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #TMS2019: Daihatsu Pamer 4 Model Konsep Keicar untuk Aneka Gaya Hidup Warga Jepun

#TMS2019: Daihatsu Pamer 4 Model Konsep Keicar untuk Aneka Gaya Hidup Warga Jepun

October 24, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


DAIHATSU Motor Co Ltd (Daihatsu) memperkenalkan empat model konsep pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 yang bertemakan 'Gathering: Providing Warmth to Everyone‘s Lives'.

Nama diberikan setiap model konsep juga unik dan mudah diingati, iaitu IcoIco, TsumuTsumu, WaiWai dan WakuWaku yang mewakili suasana kehidupan harian dan cita rasa pengguna di Jepun.

Sebagi contoh, model konsep lcolco (paling kiri) ialah pengangkutan awam yang mampu memberikan perbatuan lebih jauh. Trak mini TsumuTsumu pula direka bersaiz kompak dan didatangkan dengan ruang kabin lapang dan kargo besar.
WaiWai pula van mini comel dengan ruang sederhana untuk kegunaan gaya hidup masa kini, manakala WakuWaku ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) mini yang bakal memberikan keseronokan bersantai.

BACA >>> Daihatsu Perkenal 4 Model Konsep Keicar Serba Praktikal


ICOICO

IcoIco ialah kereta konsep penumpang dengan ciri pandu sendiri. Rekabentuk model ini membolehkan penumpang keluar-masuk dengan mudah.

Menurut Daihatsu, kereta ini sesuai untuk jalan raya sempit kerana memiliki saiz lebar cuma 1,475mm. Dengan pelantar boleh lipat, IcoIco direka untuk memudahkan penumpang keluar-masuk, termasuk pengguna kerusi roda. Model ini juga didatangkan dengan robot Nipote sebagai pembantu pengangkutan.

DAIHATSU ICOICO_1
DAIHATSU ICOICO_2
DAIHATSU ICOICO_4
DAIHATSU ICOICO_5
DAIHATSU ICOICO_10
DAIHATSU ICOICO_11

TSUMU TSUMU

Kereta konsep trak kecil TsumuTsumu direka untuk praktikaliti dengan pintu belakang kecil, dan tanpa pilar yang memudahkan penumpang keluar-masuk kenderaan. Ia didatangkan dengan dua kerusi dan beberapa storan kecil di dalam.

TsumuTsumu juga ada dron atas bumbung yang jika tidak digunakan akan terselindung di sebalik ruang simpanan.

BACA>>>Daihatsu Kunci Mulut Pasal Kereta Nasional Ketiga

DAIHATSU TSUMUTSUMU_1
DAIHATSU TSUMUTSUMU_7
DAIHATSU TSUMUTSUMU_8
DAIHATSU TSUMUTSUMU_9
DAIHATSU TSUMUTSUMU_2
DAIHATSU TSUMUTSUMU_3
DAIHATSU TSUMUTSUMU_4
DAIHATSU TSUMUTSUMU_5
DAIHATSU TSUMUTSUMU_6
DAIHATSU TSUMUTSUMU_13
DAIHATSU TSUMUTSUMU_12
DAIHATSU TSUMUTSUMU_11
DAIHATSU TSUMUTSUMU_10
DAIHATSU TSUMUTSUMU_14
DAIHATSU ICOICO_7
DAIHATSU ICOICO_6

WAIWAI

WaiWai ialah minivan kecil dengan pintu belakang jenis gelungsur ke belakang. Kereta ini memiliki enam kerusi, dua bumbung suria, pelbagai skrin dalaman dengan rekabentuk bujur seakan Honda e.

Ruang kabin WaiWai didatangkan dalam tiga baris kerusi  dengan empat skrin utama dan satu skrin infotainment di sebelah stereng.

DAIHATSU WAIWAI_1
DAIHATSU WAIWAI_3
DAIHATSU WAIWAI_4
DAIHATSU WAIWAI_6
DAIHATSU WAIWAI_5
DAIHATSU WAIWAI_7
DAIHATSU WAIWAI

WAKUWAKU

Secara visual, WakuWaku ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) mini. Walaupun kecil, tetapi sangat lebar apabila semua pintu dibuka. Model konsep ini menunjukkan kereta praktikal tidak semesti bersaiz besar. Malah, ini ialah model paling kecil dalam segmen SUV mini di Jepun!

Sama seperti Suzuki Jimny, panjang kereta ini cuma 3,395mm, tetapi ruang dalaman direka supaya nampak luas menerusi bukaan pintu horizontal dan bonet boleh buka.

Rekabentuk WakuWaku tidaklah terlalu memukau, tetapi sangat praktikal. Daihatsu cuba mengoptimumkan ruang dalaman dengan mewujudkan kabin konvertibel untuk mereka yang mahu berkhemah, tetapi tidak mahu memandu kenderaan besar seperti kenderaan rekreasi (RV), van atau trak pikap.

Ruang kargo bahagian bumbung juga boleh memuatkan barangan. Menarik!

DAIHATSU WAKUWAKU_1
DAIHATSU WAKUWAKU_6
DAIHATSU WAKUWAKU_7
DAIHATSU WAKUWAKU_8
DAIHATSU WAIWAI_7
DAIHATSU WAKUWAKU_2
DAIHATSU WAKUWAKU_3
DAIHATSU WAKUWAKU_4
DAIHATSU WAKUWAKU_5
DAIHATSU WAKUWAKU_10
DAIHATSU WAKUWAKU_9
DSC05727

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Daihatsu, Daihatsu IcoIco, Daihatsu Tsumu Tsumu, Daihatsu Waiwai, Keicar, kereta konsep, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, SUV, Tokyo Motor Show (TMS) 2019, Tokyo Motor Show 2019, WakuWaku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev