• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Daihatsu Perkenal 4 Model Konsep Keicar Serba Praktikal

Daihatsu Perkenal 4 Model Konsep Keicar Serba Praktikal

October 14, 2019 By Azhan O Leave a Comment

229
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DAIHATSU akan memperkenalkan empat model konsep keicar baharu sempena Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 yang bermula 24 Oktober hingga 4 November ini. Model konsep itu tampil dengan nama cukup unik, iaitu WakuWaku, TsumuTsumu, WaiWai dan IcoIco.

BACA >>> SUV Toyota, Daihatsu Baharu Debut November Ini, Bakal Perodua Kembara?

1. DAIHATSU WAKUWAKU

Secara visual, WakuWaku ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) mini. Walaupun kecil, tetapi sangat lebar apabila semua pintu dibuka. Model konsep adalah untuk menunjukkan kereta praktikal tidak semesti bersaiz besar.

Malah, WakuWaku ialah model paling kecil dalam segmen SUV mini di Jepun. Sama seperti Suzuki Jimny, panjang kereta ini cuma 3,395mm, tetapi ruang dalam direka supaya nampak luas menerusi bukaan pintu horizontal dan bonet boleh buka.

Rekabentuk WakuWaku tidaklah terlalu memukau mata, tetapi sangat praktikal. Daihatsu cuba mengoptimumkan ruang dalaman, mewujudkan kabin konvertibel untuk mereka yang mahu pergi berkhemah, tetapi tidak mahu memandu kenderaan besar seperti kenderaan rekreasi (RV), van atau trak pikap.

BACA >>> Kembar Toyota Avanza, Daihatsu Xenia (2019) Kini Ada Varian Enjin 1.5L

daihatsu-wakuwaku-tms2019-5
daihatsu-wakuwaku-tms-2019-1
daihatsu-wakuwaku-tms2019-7
daihatsu-wakuwaku-tms-2019-2
daihatsu-wakuwaku-tms2019-6
daihatsu-wakuwaku-tms-2019-3

2. DAIHATSU TSUMUTSUMU

Bersama WakuWaku, Daihatsu turut memperkenalkan konsep trak kecil TsumuTsumu. Model ini direka untuk praktikaliti dengan pintu belakang yang sangat kecil, dan tanpa pilar yang memudahkan penumpang keluar dan masuk kenderaan. Ia didatangkan dengan dua kerusi dan beberapa storan kecil di dalam.

TsumuTsumu juga ada dron di atas bumbung yang apabila tidak digunakan, ia akan terselindung di sebalik ruang simpanan.

daihatsu-tsumutsumu-tms-2019-8
daihatsu-tsumutsumu-tms-2019-7
daihatsu-tsumutsumu-tms-2019-1
daihatsu-tsumutsumu-tms-2019-2
daihatsu-tsumutsumu-tms-2019-3
daihatsu-tsumutsumu-tms-2019-4
daihatsu-tsumutsumu-tms-2019-6
daihatsu-tsumutsumu-tms-2019-5

3. DAIHATSU WAIWAI

Tidak dilupakan, Daihatsu turut memperkenal model konsep WaiWai, iaitu minivan kecil dengan pintu belakang jenis gelungsur ke belakang. Kereta ini memiliki tiga baris tempat duduk, dua bumbung suria, pelbagai skrin dalaman dengan rekabentuk bucur seakan Honda e.

WaiWai ada empat skrin utama dan satu skrin hiburan yang terletak sebelah stereng.

BACA >>> 'Made In Malaysia' Disyaki Punca Jualan Daihatsu Sirion Merudum di Indonesia

daihatsu-waiwai-tms-2019-1
daihatsu-waiwai-tms-2019-2
daihatsu-waiwai-tms-2019-4
daihatsu-waiwai-tms-2019-5
daihatsu-waiwai-tms-2019-3

4. DAIHATSU ICOICO

Akhir sekali ialah IcoIco sebagai model konsep kereta penumpang dengan ciri pandu sendiri. Rekabentuk model ini membolehkan penumpang keluar dan masuk dengan mudah. Menurut Daihatsu, kereta ini sesuai untuk jalan raya sempit kerana lebar cuma 1,475mm

Apapun, semua model yang ditayangkan nanti cuma dalam bentuk konsep dan masih belum jelas sama ada Daihatsu berhasrat mahu mengkomersialkan atau tidak.

daihatsu-icoico-tms-2019-6
daihatsu-icoico-tms-2019-1
daihatsu-icoico-tms-2019-5
daihatsu-icoico-tms-2019-2
daihatsu-icoico-tms-2019-3
daihatsu-icoico-tms-2019-4

Artikel Berkaitan

229
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Astra Daihatsu Motor, Auto Terkini, Daihatsu, Daihatsu WakuWaku, Keicar, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Roda4, TMS 2019, Tokyo Motor Show (TMS) 2019, WakuWaku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my