• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembeli UK Boleh Pandu Uji Dua Hari untuk Volkswagen Touareg

Pembeli UK Boleh Pandu Uji Dua Hari untuk Volkswagen Touareg

October 25, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERAPA lamakah anda diberikan peluang memandu uji kereta di bilik pameran? Kebiasaannya, sesi pandu uji yang ditemani penasihat jualan berlangsung sekitar 30 minit. Selepas itu terpulanglah sama ada anda mahu buat pembelian atau sebaliknya.

Namun, lain pula di Britain kerana Volkswagen UK menawarkan tempoh pandu uji selama 48 jam untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Touareg. Ini bermaknan, pengguna yang mahu mencuba boleh memandu model itu selama dua hari sebelum menyerahkan kembali kepada pengedar.

BACA >>> 7 Fakta Pantas Volkswagen Touareg (2018) Serba Baharu, Lancar di Beijing

Rupa-rupanya ini bukan kali pertama kerana Volkswagen UK sebelum ini pernah menawarkan program sama untuk e-Golf untuk pengguna merasai teknologi dan inovasi kereta elektrik penuh itu.

Touareg ialah SUV saiz pertengahan dan paling premium dalam barisan SUV keluaran Volkswagen yang diposisikan atas Tiguan Allspace.

Pengurus Produk Touareg Volkswagen UK, Brian Luckie yakin program tersebut mampu menambat hati pelanggan kerana mereka berpeluang mencuba SUV itu selama dua hari penuh.

"Kami harap ia dapat jalinkan satu hubungan dengan kereta perdana kami. Kami yakin selepas tempoh itu tamat dan dipulangkan, pelanggan akan rasa yakin dengan kemampuan SUV ini," katanya.

BACA >>> Volkswagen R Pula Kini Logo Baharu, Lebih Ringkas dan Slik

VW Touareg.01
VW Touareg.04
VW Touareg.05
VW Touareg.02
VW Touareg.03

Volkswagen ialah jenama besar dan juga kumpulan automatif dengan jualan tertinggi dunia. Namun, itu tidak menghalang pengeluar itu memperkenalkan program pra-jualan menarik sebegini.

Sesuai dengan status premium, Touareg versi Britain ditawarkan pada harga £49,135 (RM266,370) untuk varian SEL dengan enjin 3.0L V6 TDI berkuasa 229hp. Dua lagi varian berkuasa 286hp untuk enjin diesel sama, manakala 3.0L V6 TFSI petrol berkuasa 338hp.

Varian paling premium ialah Touareg R-Line, £52,635 (RM285,350)  dan R-Line Tech, £55,735 (RM302,150).

BACA >>> Volkswagen Tiguan - Nampak Biasa Tapi Luar Biasa, Sudah 5 Juta Unit Terjual Sejak 2007

Related

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Brian Luckie, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV, Volkswagen, Volkswagen Touareg, vw, VW Touareg

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev