• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Mazda5 (2014)

PREVIU: Mazda5 (2014)

May 28, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1200053P1200097   P1200092

MAZDA menerusi pengedarnya Bermaz Motor Sdn Bhd terus sukses meneruskan kesinambungan teknologi SKYACTIV menerusi pengenalan model MPV terbaharunya, Mazda5 ke pasaran tempatan.

Mazda5 adalah model keempat yang menerapkan teknologi SKYACTIV selepas Mazda3, Mazda6 dan CX-5 berjaya mencetuskan fenomena baharu terhadap peminat automotif negara

Menggunakan tema rekaan baru konsep 'KODO Soul of Motion' yang diinspirasikan dari model konsep Shinari dan Takeri, ia berjaya mencetuskan emosi dan keseronokan untuk memandu.

Hasil rekaan itu, tiga konsep iaitu kelajuan, ketegangan dan kehalusan telah digabungkan dalam rekaan KODO. Ia merangkumi elemen kejututeraan bagi setiap komponen untuk membangunkan sebuah kenderaan terbaik.

Dengan adanya kehadiran teknologi ini mampu membantu meningkatkan kecekapan, prestasi enjin dan transmisi. Tujuannya dibangunkan hanya satu iaitu agar ia menjadi lebih ringan dan cekap.

P1200060

Mazda5 dipadankan dengan enjin 2.0L SKYACTIV-G bersama transmisi automatik 6-kelajuan SKYACTIV -Drive. Ia mampu menghamburkan kuasa maksimum sebanyak 149hp@6,000rpm dan tork 190Nm(4,100rpm). Sebagai sebuah model MPV, pecutan dari sifar ke 100kmj mengambil masa sekitar 11.4 saat dengan kelajuan maksimum 194kmj.

Rekabentuk dan prestasi enjin SKYACTIV-G menunjukkan bahawa enjin pembakaran dalaman masih yang berdaya maju. Ia boleh memenuhi piawaian kawalan pelepasan yang sukar dan juga sasaran kecekapan bahan api hari ini. Dari segi penggunaan bahan api pula, Mazda5 mencatatkan penggunaan pada kitaran gabungan 6.6L per 100kmj.

P1200083P1200089   P1200093

FALSAFAH NAGARE

Melihat keseluruhan bentuk badan Mazda5, ia tampak tidak berubah dan masih mempunyai garisan berombak sepanjang sisi yang merupakan sebahagian daripada falsafah rekabentuk Nagare.

Rekabentuk ini masih kelihatan baik selepas sekitar beberapa tahun walaupun falsafah Nagare itu telah digantikan oleh falsafah Kodo untuk lebih banyak model baru-baru ini.

KARAKURI 6 + 1

Memasuki ruangan kabin pula, Mazda5 menawarkan kerusi '6 + 1' yang mana kerusi satu lagi berada di bawah antara kedua-dua tempat duduk di barisan kedua .

Dikenali sebagai kerusi ‘ Karakuri ‘, ia boleh bertukar menjadi kotak penyimpanan serta condong ke tepi untuk membolehkan akses berjalan ke barisan ketiga . Salah satu tempat duduk di barisan kedua juga boleh dilipat sehingga mendedahkan ruang penyimpanan di bawahnya.

Selain itu, pintu gelunsur berkuasa pada kedua-dua sisi didatangkan standard dan ciri lain yang hadir termasuk bumbung matahari, sistem navigasi GPS dan sistem hiburan dengan monitor LCD yang diletakkan di belakang kedua-dua perehat kepala kerusi depan.

P1200077P1200074   OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dijual pada harga RM157,279, model yang diimport sepenuhnya dari Jepun itu didatangkan dengan jaminan tiga tahun.

Aspek keselamatan, Mazda5 memiliki dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan ISOFIX.

Pengguna turut diberikan empat pilihan warna menarik Aluminium Metallic, Crystal White Pearl Mica, Meteor Grey Mica dan Jet Black Mica.

Embargo Lift: July 1st, 2010, exact times to be determined by MCCD PR.

SPESIFIKASI

ENJIN 2.0L SKYACTIV-G
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan SKYACTIV- Drive
KUASA MAKSIMUM 149hp@6,000rpm
TORK MAKSIMUM 190Nm@4,100rpm
CIRI 2 beg udara, ABS, EBD, BA, DSC, TCS dan ISOFIX
HARGA RM152,279

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: bermaz, bermazmotor, KODO, mazda, Mazda CX-5, Mazda Malaysia, mazda3, mazda5, Mazda6, skyactiv, Skyactiv-Drive, Skyactive-G

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev