• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MB Perak Sertai Konvoi 'Perak Bikers Carnival 2019' Sekitar Ipoh

MB Perak Sertai Konvoi 'Perak Bikers Carnival 2019' Sekitar Ipoh

October 20, 2019 By Aryon Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi hari ini meluangkan masa selama sejam menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi mengelilingi bandar raya Ipoh kira-kira 30km.

Ahmad Faizal yang menunggang skuter berkuasa tinggi jenis BMW memulakan konvoi itu di kediaman rasmi menteri besar di Jalan Raja Dihilir di sini pada jam 9 pagi.

Beliau kemudian singgah sebentar di Movie Animation Park Studios (MAPS) sebelum meneruskan konvoi itu yang berakhir di taman tema air, Lost World Of Tambun (LWOT) di sini.

BACA >>> Konvoi Amal Pusat Tahfiz Himpun Lebih 50 Penunggang Modenas, Beri Sumbangan RM3k

perak-bikes-carnival-2019-2
perak-bikes-carnival-2019

Konvoi sempena 'Perak Bikers Carnival' itu berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu yang turut disertai peserta pertandingan ratu cantik, Miss Cosmopolitan World 2019, juga diadakan di sini.

Ahmad Faizal ketika ditemui pemberita di LWOT berkata penganjuran konvoi itu mampu memperkenalkan keindahan bandar raya Ipoh kepada pelancong tempatan dan asing.

"Saya harap Perak akan menjadi destinasi kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi seluruh negara meluangkan masa hujung minggu untuk beriadah," katanya.

Seramai 2,500 penunggang motosikal berkuasa tinggi termasuk dari Singapura dan Thailand menyertai 'Perak Bikers Carnival' yang dianjurkan Kerajaan Negeri, Tourism Perak, Persatuan Pelancongan Negeri Perak dan MAPS.

BACA >>> Konvoi Proton X70 Malaysia-China Sejauh 13,000km Tiba di Hangzhou, Tiada Masalah Pun

SUMBER: Bernama | FB MB Perak

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, konvoi, Lost World Of Tambun (LWOT), MB Perak, MB Perak Konvoi, Menteri Besar Perak, Movie Animation Park Studios (MAPS), Perak, Perak Bikers Carnival (PBC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev