• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PM: Pihak Swasta Dijemput Jadi Pengendali Rel di Malaysia, KTMB Tidak Terjejas

PM: Pihak Swasta Dijemput Jadi Pengendali Rel di Malaysia, KTMB Tidak Terjejas

October 17, 2019 By Azhan O Leave a Comment

287
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN menjemput pihak swasta memberikan cadangan, melabur dan menyewa landasan kereta api di Malaysia, termasuk mengalu-alukan lebih banyak pengendali rel di Malaysia, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau  berkata demikian sempena pelancaran Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 di Stesen Sentral, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, kehadiran pengendali pelbagai rel tidak akan menjejaskan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) kerana pengendali utama sistem kereta api di Malaysia itu akan mendapat bayaran yuran daripada penggunaan landasan sedia ada.

Dr Mahathir turut memberikan contoh YTL Corporation yang mengendalikan operasi kereta api mewah dari Singapura ke Bangkok yang juga menggunakan landasan kereta api Malaysia.

“Mereka bayar yuran untuk menggunakan landasan. Jika ada lebih banyak syarikat mahu menggunakan rel untuk mengangkut barang atau penumpang, ini boleh dilakukan,” katanya.

BACA >>> #Bajet2019: Beli Pas Bulanan RM100, Naik Tren dan Bas RapidKL Sampai Lebam!

MAHU OPTIMUM SISTEM REL SEPERTI JEPUN, KOREA

KERAJAAN juga bersedia mengkaji dan mendapatkan nasihat kepakaran dari Jepun untuk mengoptimumkan sepenuhnya sistem rel di Malaysia yang bukan saja membawa penumpang tetapi juga barangan milik syarikat.

Perdana Menteri mengharapkan sistem rel Malaysia mampu jadi semaju Jepun dan Korea Selatan dalam usaha mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian atas jalan. Kerajaan juga berhasrat menggalakkan syarikat menggunakan kereta api sebagai medium utama pengangkutan barang dan bukan jalan raya bagi mengelak risiko kemalangan.

BACA >>> #SembangDeras: Adakah Laluan Baharu ECRL Lebih Baik atau Tidak?

Related

287
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), KTMB, Perdana Menteri, Sistem Rel, Tun Dr. Mahathir Mohamad, YTL Corporation

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev