• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Akan Perkenal 6 Produk Baharu, Termasuk Model Konsep di Tokyo

Yamaha Akan Perkenal 6 Produk Baharu, Termasuk Model Konsep di Tokyo

October 16, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

285
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAMERAN Motor Tokyo (TMS) 2019 bakal membuka tirai minggu depan dan tentu ramai peminat automotif dunia menantikan kehadiran produk baharu sama ada versi pengeluaran atau prototaip.

Yamaha Motor Japan akan mempamerkan 18 model dan enam daripadanya adalah debut antarabangsa! Apakah model yang bakal menggegarkan pasaran dua roda itu? Itu kenalah tunggu 24 Oktober nanti.

Namun, berdasarkan maklumat dikeluarkan Yamaha, pengeluar itu akan mempamerkan beberapa model konsep yang dikatakan berpotensi menjadi produk pasaran massa peringkat global. Ada empat model yang kali pertama tampil:

  • Land Link Concept
  • E01
  • E02
  • YPJ-YZ

Bagi model pengeluaran pula, ada dua produk Yamaha akan melakukan debut global, iaitu:

  • YZF-R1
  • Tenere  700

Model lain ialah produk yang pernah ditayangkan sebelum ini seperti Niken GT, YZ 450 FX, TY-E, Tritown, E-Vino, YPJ-XC, YNF-01, JWX-1 Plus+, YMR-08 dan Fazer R. Jom kita tinjau beberapa model yang akan dipamerkan kelak di TMS 2019.

1. LAND LINK CONCEPT

Land Link Concept memiliki empat roda yang boleh bergerak sendir, dan tampil dengan rekabentuk unik walaupun sukar difahami. Yamaha seperti mahu menunjukkan kemampuan pengeluar itu dalam menghasilkan kenderaan pintar dan fleksibel untuk pelbagai situasi jalan.

BACA>>>Kawasaki Bakal Lancar 5 Model di Milan dan Tokyo, Termasuk Sportbike 250cc 4-Silinder?

2. E01

Ramai mendakwa E01 ialah N-Max versi elektrik. Jawapannya, bukan. Skuter ini menggunakan trenkuasa elektrik 125cc dengan rekabentuk serba futuristik yang pasti menarik perhatian.

3. E02

E02 ialah skuter elektrik 50cc dengan rekabentuk kompak. Ia cukup fleksibel dan lincah meredah kepadatan lalu lintas di bandar-bandar. Model konsep ini didatangkan dengan bateri kecil yang menyumbang kepada berat motosikal ringan. Warna rim merah jelas menyerlahkan imej e-skuter ini.

BACA>>>Yamaha Dedah Foto Acah Naked Bike Baharu, Adakah MT-125 (2020)?

4. YPJ-YZ

Basikal elektrik (e-basikal) ini nampak biasa, tetapi sebenarnya basikal lumba yang direka berasaskan konsep keluarga YZ. Walaupun ringan, model ini memiliki casis yang kuat.

5. YZF-R1

Model perdana Yamaha ini dibangunkan untuk kawalan atas trek menerusi dua sistem kawalan enjin silang satah (cross-plane): pengurusan brek enjin (EBM) dan kawalan brek (BC).  Superbike ini akan dilancarkan pada musim luruh 2020 di Jepun.

BACA >>> Yamaha Dedah YZF-R1 dan YZF-R1M (2020)

6. TENERE 700

Model advencer tourer ini, dengan enjin dwi silinder 689cc penyejukan air, menawarkan kestabilan tunggangan menerusi gabungan elemen off-road, advencer dan touring. Model ini juga lebih ringan 10kg berbanding model lama, XTZ660. Tenere 700 dijadualkan dilancarkan di Jepun pada musim panas 2020.


Antara model Yamaha lain yang pernah ditayangkan, dan akan dipamerkan pada TMS 2019 nanti ialah:

NIKEN GT

Berasaskan teknologi multiroda miring, Leaning Multi-Wheel (LMW), Niken menggabungkan prestasi selekoh dimensi tinggi dan pelayar berkualiti tinggi. Niken GT memberikan keselesaan tunggangan jauh menerusi visor angin tinggi dan besar, hendal dengan ciri pemanas, pelana khas untuk mengurangkan keletihan ketika menunggang, palam 12V DC dan tongkat tengah.

BACA >>> #BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Pertama Dunia yang Dipasangkan Turbo

YZ 450 FX

Berasaskan model premium, YZ450F, dirt bike YZ 450 FX dilengkapi beberapa fungsi khas dan prestasi untuk perlumbaan enduro yang dapat dilihat menerusi pengendalian ringan dan enjin berkuasa.

Related

285
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: e-Basikal, e-bike, E01, E02, Hong Leng Yamaha Motor, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, roda2, Tokyo Motor Show (TMS) 2019, Yamaha, Yamaha Jepun, Yamaha Niken GT, Yamaha R1 (2020), Yamaha Tenere 700, Yamaha YZ450FX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev