• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Selangor Mahu Lelong 246 Kenderaan Sita, 30 Oktober Ini

JPJ Selangor Mahu Lelong 246 Kenderaan Sita, 30 Oktober Ini

October 15, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

318
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan mengadakan acara lelongan umum membabitkan 246 kenderaan, termasuk satu motosikal yang disita badan penguatkuasa itu, berlangsung di lokasi, tarikh dan masa seperti berikut:

  • Lokasi: Dewan Teratai Seksyen 19, Shah Alam, Selangor
  • Tarikh: 30 dan 31 Oktober 2019 (Rabu dan Khamis)
  • Masa:  9 pagi

Antara kereta yang akan dilelong ialah Jaguar, BMW, Mercedes-Benz, Audi, Volkswagen dan Mini Cooper pada harga lelongan ditetapkan bermula RM1,300 hingga RM25,000 bergantung jenis kenderaan.

Pada hari pertama, 130 unit kereta klon akan dilelongkan dan bakinya pada hari kedua.

Mereka yang mahu membeli kereta perlu membeli buku berharga RM100 yang memaparkan maklumat kenderaan bermula hari ini, 16 Oktober hingga 25 Oktober di kaunter JPJ jam 10 pagi hingga 4 petang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5566 9452/9453/9445.

Pembeli perlu membida untuk membeli kenderaan yang dilelong dan jika berjaya perlu membayar 25 peratus daripada harga bidaan. Semua kenderaan lelong tersebut disita dalam Selangor dan kebanyakan kenderaan klon itu dari negara jiran seperti Thailand dan Singapura.

BACA >>> JPJ Melaka Mahu Lelong 87 Kenderaan 15 Ogos Ini, Mini Cooper Serendah RM4.5k
BACA >>> JPJ Sita 10 Motosikal, Tiada Lesen Memandu dan Cukai Jalan Tamat Tempoh Paling Banyak Disaman

SUMBER: FB JPJ Selangor

Related

318
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JPJ, JPJ Selangor, kereta klon, kereta lelong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev