TANGGAL 26 Ogos 2019 adalah ulang tahun ke-60 untuk trak Isuzu paling laris, Elf yang kini menjadi antara model pilihan utama dalam segmen trak tugasan ringan peringkat antarabangsa sejak diperkenalkan.
Elf diperkenalkan Isuzu Motors Japan pada Ogos 1959, dan terkenal sebagai trak yang kuat, berinovasi dan berkualiti tinggi. Sepanjang kitaran evolusi, model trak itu sudah melalui pelbagai peringkat pembaharuan, termasuk meraih beberapa kejayaan penting.
BACA >>> Isuzu Perluas Barisan Trak Komersial 2019 untuk Penuhi Pelbagai Keperluan Pengguna
Berikut apa yang dicapai Elf sepanjang hayat model tersebut:
- 1959: Berevolusi bermula trak dua tan dengan rekaan cab over dan enjin petrol 1.5L.
- 1960: Enjin diesel 2.0L diperkenalkan.
- 1967: Trak digantikan dengan ‘Isuzu Light ELF’ generasi kedua.
- 1975: Elf generasi ke-3 diperkenalkan dengan pelbagai pembaharuan menarik.
- 1978: Isuzu catat sejarah dengan jualan 1 juta unit trak Elf.
- 1980: Elf generasi ke-3 melalui beberapa penambahbaikan, termasuk mematuhi standard emisi 1979 di Jepun. Tampil dengan rekabentuk luaran baharu dan dilengkapkan badan cab boleh condong.
- 1984: Elf generasi ke-4 mula dieksport dan dikilangkan di beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat (AS), Australia dan China. Selain pembaharuan luaran, generasi baharu ini juga menawarkan inovasi teknologi dari enjin diesel suntikan terus (DDi) ke enjin diesel turbo. Selain itu, Elf 250 versi pacuan empat roda (4x4) mula diperkenalkan.
- 1993: Elf generasi ke-5 diperkenalkan dengan pelbagai pembaharuan seperti enjin diesel lebih bersih dan gaya luar besar.
PELBAGAI PENAMBAHBAIKAN DILAKUKAN
Sepanjang 60 tahun, Elf melalui banyak penambahbaikan dan inovasi teknologi termaju hingga generasi ke-6 yang tampil dengan gaya tersendiri bersama padanan kabin kukuh dan ringan, transmisi lebih lancar dan enjin diesel turbo
bersih berkuasa tinggi.
Di Malaysia, Elf dibawa masuk pada 1979 dan sejak itu siri model itu terus menguasai segmen trak tugasan ringan negara ini. Ia dipasangkan di kilang Isuzu Hicom di Pekan, Pahang, dan terkenal kerana kualiti dan reliabiliti serta penjimatan minyak.
Elf juga banyak menyumbang kepada jumlah jualan Isuzu di Malaysia yang membolehkan jenama ini mengekalkan status sebagai ‘Kenderaan Komersial Paling Laris Keseluruhan’ di negara ini selama lima tahun berturut-turut. Ini termasuk mengekalkan Elf sebagai ‘Trak Paling Laris dalam Segmen Tugasan Ringan’ selama 9 tahun berturut-turut!
Di Malaysia, Isuzu menawarkan pelbagai pilihan untuk Elf dalam 19 varian berbeza, seperti 4-wheeler, 6-wheeler, 4x4 dan Crew-Cab.
BACA >>> Isuzu N-Series Terima Anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik 2014
BACA >>> Isuzu D-Max Tamatkan Dura-Miles Challenge 2017 Jelajah Miri Sejauh 280km
Leave a Reply