• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo-Geely Rancang Tubuh Syarikat Baharu Bangunkan Enjin Petrol, Hibrid

Volvo-Geely Rancang Tubuh Syarikat Baharu Bangunkan Enjin Petrol, Hibrid

October 9, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY
(nama rasmi Zheejiang Geely Holding Group) sebenarnya sudah memiliki asas sama seperti kumpulan gabungan automotif besar lain seperti Volkswagen Group, Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi dan Fiat Chrysler Automobiles (FCA). Geely kini menjadi syarikat induk kepada beberapa pengeluar automotif ternama seperti Volvo Cars, LEVC, Lynk & Co dan Lotus serta Proton.

Terbaharu, Volvo Cars dan Geely Auto berhasrat menubuhkan entiti perniagaan baharu yang berasingan untuk operasi enjin pembakaran dalaman. Faktanya, sebelum tercetus rancangan itu, tiga jenama melibatkan Geely, Volvo Cars dan Lynk & Co sudahpun saling berkongsi platform dan teknologi.

Ringkasnya, syarikat baharu itu akan menjadi pembekal enjin global dan membangunkan enjin pembakaran dalaman generasi baharu, termasuk trenkuasa hibrid.

BACA >>> Lynk & Co 02 di Pasaran Dunia Selepas 2019 - Crossover Premium Buat Si Muda Bergaya

VOLVO MAHU TUMPU PRODUK ELEKTRIK

Cadangan syarikat baharu itu membolehkan Volvo Cars menumpukan perhatian kepada pembangunan kereta premium bernadikan teknologi elektrik. Tambahan lagi pengeluar asal Sweden itu memang sedang membangunkan keseluruhan produk berasaskan elektrifikasi dengan mensasarkan separuh jualan global daripada model elektrik dan separuh lagi hibrid menjelang 2025.

Syarikat baharu itu juga akan menawarkan enjin pembakaran dalaman yang canggih dan cekap, termasuk trenkuasa hibrid kepada Geely Auto, Proton, Lotus, LEVC dan Lynk & Co. Tidak terhad ahli-ahli di bawah Geely, mereka juga dibenarkan menjadi pembekal kepada mana-mana pengeluar ketiga dengan mewujudkan perniagaan baharu.

Enjin 4-silinder Volvo Drive-E

Syarikat baharu itu akan mewakili kerjasama industri besar Volvo Cars-Geely Auto melalui sinergi operasi, industri dan kewangan. Ia akan menjadi majikan kepada kira-kira 3,000 pekerja Volvo Cars dan 5,000 pekerja operasi enjin pembakaran dalaman Geely Auto, termasuk bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D), perolehan, pembuatan, teknologi maklumat dan kewangan.

Satu lagi berita baik, syarikat gabungan baharu itu tidak akan melibatkan sebarang pengurangan pekerja.

BACA >>> #TahukahAnda: Semua Model Geely, Termasuk Proton X70 Guna Minyak Pelincir Shell?

TRANSISI BERPERINGKAT

Sebagai permulaan, Geely Auto-Volvo Cars sedang dalam proses menyusun operasi enjin pembakaran dalaman kepada unit baharu dalam organisasi masing-masing.

Volvo Cars percaya proses elektrifikasi industri automotif akan berubah secara berperingkat dan permintaan kuat dijangka wujud untuk trenkuasa hibrid dan elektrik sepenuhnya. Ini bermaknan permintaan terhadap enjin pembakaran dalaman masih kuat dan diperlukan buat masa sekarang.

Perincian syarikat baharu itu juga masih dalam fasa pembangunan, dan tertakluk kepada rundingan dengan kesatuan dan kelulusan lembaga pengarah dan pihak berkuasa.

Jika jadi kenyataan, syarikat usahasama Geely Auto-Volvo Cars  bakal jadi entiti automotif yang menarik dengan mewujudkan skala ekonomi besar untuk ekosistem Geely dan syarikat bersekutu lain.

BACA >>> Volvo Cars Jual 340k Unit Kereta Sepanjang Penggal Pertama 2019, XC60 Paling Laris

Related

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Geely, Volvo, Volvo Cars

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my