• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Jadi Negara Asean Pertama Lancar Geely Coolray (Binyue), Harga Mula RM79k

Filipina Jadi Negara Asean Pertama Lancar Geely Coolray (Binyue), Harga Mula RM79k

September 30, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA Proton sedang giat menguji bakal kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, dikatakan X50, Geely pula melancarkan Coolray di Filipina pada 25 September lalu.

Coolray adalah nama lain untuk model Binyue di pasaran China, juga model sama yang akan dijenamakan semula Proton sebagai X50. Majlis pelancaran dianjurkan bersama rakan kongsi rasmi Geely di Filipina, Sojitz G Auto Philippines.

Coolray ialah SUV segmen-B versi pemanduan sebelah kiri, sama seperti versi di China, dan juga menjadi sebab kenapa model ini mendahului X50 untuk pasaran Asean.

BACA >>> Sumber: Proton X50 Akan Lancar Ogos 2020, Dipasang Sepenuhnya di Tanjung Malim

RAKAN KONGSI BAHARU, STRATEGI BAHARU

Guy-Philippines
An-Conghui-Philippines-2

Pelancaran Coolray di Filipina itu dibuat selepas Geely menandatangani perjanjian pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan dengan Sojitz Corporation, yang juga konglomerat Jepun pada Julai lalu. Pemilihan Sojitz dilihat bersesuaian dengan pengalaman syarikat itu selama hampir 60 tahun dalam pasaran automotif Filipina.

Daripada kerjasama itu, satu Pusat 4S dibina mengikut piawaian global Geely sebelum pusat servis dan bilik pameran lain akan menyusul secara berperingkat bagi meluaskan rangkaian jenama Geely di bandar-bandar utama seluruh Filipina.

Geely pada 2011 pernah memasuki pasaran Filipina, tetapi dengan syarikat tempatan lain. Tetapi pengenalan Coolray ini  adalah usaha baharu sepenuhnya alam usaha menaikkan semula jenama Geely di Filipina. Selepas Coolray, Geely akan melancarkan beberapa model baharu popular dan terkini di negara berkenaan.

BACA >>> Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

HARGA BERMULA 978k PESO (RM79k)

Coolray ditawarkan dalam enjin 3-silinder 1.5L Turbo suntikan terus berkuasa 175hp dan tork 255Nm dengan transmisi automatik dual klac (DCT) 7-kelajuan 7DCT yang mampu memberikan pecutan 0-100kmj sepantas 7.9 saat.

Ciri dimiliki Coolray bukan calang-calang yang didatangkan dengan pakej menarik seperti Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), penghidup enjin kawalan jauh, Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Mula Daki (HSA) dan Kawalan Turun Bukit (HDC).

Juga ditawarkan bantuan parkir automatik dengan kamera 360º yang membolehkan Coolray diparkir secara paralel (sisi) dengan hanya satu sentuhan butang. Coolray juga dilengkapi ciri Pemantau Titik Buta (BSM).

Dari segi varian dan harga, Coolray ditawarkan dalam tiga pilihan:

  • Comfort - 978,000 peso (RM79,020)
  • Premium - 1,088,000 peso (RM87,910)
  • Sport - 1,198,000 peso (RM96,800)

Menarik jugak harga Coolray spesifikasi Filipina. Adakah ia akan jadi penanda aras untuk harga Proton X50 nanti?

BACA >>> Geely-Daimler Jalin Kerjasama 50:50, Rancang Bangunkan EV Jenama Smart

GALERI
An-Conghui-Philippines-2
Coolray-Philippines-Stage-02
geely-coolray-filipina-6
Guy-Philippines
Geely Coolray Filipina
Geely Coolray Filipina
geely-coolray-filipina-5
geely-coolray-filipina-1
geely-coolray-filipina-2
geely-coolray-filipina-3
geely-coolray-filipina-4
Binyue-08
Binyue-07
Geely Binyue - stereng kiri
Geely Binyue - stereng kiri
Binyue-Interior-02
Binyue-Interior-03
Binyue-Interior-04
Binyue-Interior-05
Binyue-Interior-06

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Geely, Geely Binyue, Geely Coolray, Geely SX11, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton X50, Roda4, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev