• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subsidi Petrol: B40 dengan Bil Elektrik Kurang RM200 Baru Layak!

Subsidi Petrol: B40 dengan Bil Elektrik Kurang RM200 Baru Layak!

September 29, 2019 By Azhan O 6 Comments

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMBERIAN subsidi petrol RON95 akan menggunakan bil elektrik sebagai rujukan untuk mengenal pasti penerima yang layak di bawah golongan pendapatan isi rumah B40, menurut laporan TheStar.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, hanya mereka yang dalam kategori B40, dengan bil elektrik bulanan antara RM100 dan RM200, akan layak untuk subsidi RON95.

"Penggunaan bil elektrik hanya sebagai rujukan," katanya sambil memaklumkan cadangan mekanisme itu akan diserahkan kepada Kabinet, Oktober ini.

Menurut Chieng Jen lagi, penerima  layak boleh menikmati subsidi RM30 sebulan atau subsidi 30 sen untuk setiap liter RON95 yang terhad untuk 100 liter setiap bulan, manakala penunggang motosikal pula diberikan subsidi RM12 setiap bulan.

Bayaran subsidi akan diagihkan terus ke akaun bank penerima.

Asalnya, cadangan subsidi bersasar untuk RON95 akan dimuktamadkan Julai lalu, tetapi ditangguhkan untuk kajian susulan lebih mendalam. Buat masa ini, kerajaan memperuntukkan purata RM133 juta seminggu untuk subsidi RON95 yang diikat pada RM2.08/liter

BACA >>> Subsidi Petrol: Kerajaan Setuju Beri Tunai kepada Penerima BSH yang Ada Kereta, Motor
BACA >>> Menteri: Subsidi Petrol Bersasar Mungkin Masuk Terus ke Akaun Penerima Layak


KOMEN KAMI

Pada Julai lalu, Kerajaan mendakwa akan menyalurkan subsidi RON95 kepada mereka yang namanya ada dalam senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), yang sebelum ini dipangil BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Maknanya, jika anda layak terima BSH, maka anda layak terima subsidi RON95.

Selepas baca berita paling terbaharu ini pula, Kerajaan nampaknya akan menapis lagi kriteria penerima BSH yang layak subsidi RON95, iaitu berdasarkan jumlah bil elektrik semasa, iaitu perlu dalam julat penggunaan RM100-RM200.

Secara mudah faham, untuk layak dapat subsidi RON95, anda perlu:

  • Layak terima BSH.
  • Bil elektrik RM100-RM200 (bawah RM100 tak layak?).
  • Kereta tidak lebih 1,500cc (terhad 100 liter sebulan); motosikal tidak lebih 125cc (terhad 40 liters sebulan)

Selepas lulus tiga kriteria di atas, barulah duit subsidi akan dimasukkan ke dalam akaun penerima.

Ini bermakna, jika ada bulan tertentu menunjukkan bil elektrik melebihi had caj ditetapkan (lebih RM200), maka duit subsidi tidak akan dimasukkan. Atau ada benda yang kami terlepas pandang atau tersilap faham?

Kiranya semua dah bersedia untuk isi minyak ikut harga pasaran ke ni? 😅

BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?

SUMBER: TheStar

Related

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM), Bantuan Sara Hidup (BSH), BRIM, BSH, Chong Chieng Jen, Ron95, Subsidi Bersasar, Subsidi RON95, Subsisi Petrol, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Comments

  1. Alson P says

    September 29, 2019 at 12:08 PM

    Kebanyakan rumah bungalow sekarang menggunakan tenaga solar sebagai punca tenaga ke bungalow mereka, bagi mengurangkan bill TNB.. mereka tetap masih menggunakan khidmad TNB sebagai backup tenaga... Rumah² orang kaya ini bill TNB nya di bawah rm200... Mereka juga menggunakan mercedes 1.5L atau mempunyai 2 atau lebih kereta yang salah satunya bersesaran 1.5L ke bawah..

    Reply
    • AO says

      October 2, 2019 at 12:02 AM

      Kalau nama tiada dalam senarai BSH, tak layak untuk subsidi petrol walaupun bil letrik rendah.

      Reply
      • Alson P says

        October 3, 2019 at 8:18 PM

        Baguslah..!!
        Mereka (b40) memang layak dibantu... Peniaga kecil nak kasi gaji rm2k kepada setiap pekerja, sememangnya tidak terdaya..

        Reply
  2. Noradzim says

    September 30, 2019 at 9:44 AM

    Penjelasan yg muhasabah dan diterima akal

    Reply
  3. Juniorwells says

    September 30, 2019 at 10:53 PM

    Bagi penerima BSH yang tidak menggunakan tenaga elektrik tapi guna solar sahaja macamana nak dapat

    Reply
    • AO says

      October 1, 2019 at 11:57 PM

      Tak tau sebab belum finalized

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev