• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bilakah Masa Tepat Kena Tukar Tayar Motor Baharu?

#TahukahAnda: Bilakah Masa Tepat Kena Tukar Tayar Motor Baharu?

September 26, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALAU ditanya mekanik atau pengeluar, memang tiada jawapan atau garis panduan tepat tentang bilakah masa paling ideal perlu menukar tayar motosikal. Apa yang direkomenkan cuma anggaran semata-mata.

Kebiasaanya, masa menukar tayar adalah selepas motosikal mencapai jarak perbatuan 12,000km untuk tayar depan, dan 10,000km untuk tayar belakang.

Dari segi prioriti pula, tayar belakang lebih penting kerana lebih cepat haus disebabkan kesan beban hingga jarak penukaran lebih singkat berbanding tayar depan. Ini berbeza dengan kereta yang mana tayar depan lebih cepat haus berbanding tayar belakang kerana beban enjin di depan (untuk majoriti kereta, jenis FWD).

BACA >>> #TahukahAnda: Isi Angin Tayar Nitrogen vs Oksigen, Mana Satu Lebih Baik?

Apapun, itu cuma rekomendasi. Anda juga perlu mengambil kira faktor cuaca, permukaan jalan dan servis yang sangat mempengaruhi proses penukaran tayar baharu. Cara paling mudah, pantau sendiri indikator dan material tayar. Jika tayar sudah menunjukkan tanda-tanda seperti di bawah ini, sila tukar segera!

1. KEMPIS SENDIRI

Perhatikan tayar jika ada kesan retak atau merekah di bahagian tepi. Mungkin ini punca tayar motosikal anda kempis sendiri. Ingat, kesan retak pada dinding tayar tidak boleh ditampal. Penyelesaiannya, tukar baharu!

2. TAYAR BENJOL

Ini juga penting. Benjolan dan kurang tekanan angin boleh merosakkan struktur tayar.  Jika anda nampak sebarang kesan benjolan atau bengkak pada tayar, sila tukar tayar baharu kerana bimbang boleh meletup bila-bila masa. Malah, menunggang dengan tayar bengkak juga sangat menyeksakan.

3. HENDAL BERGEGAR MELAMPAU

Jika motosikal anda memang ditunggang sebagai jentera harian, lebih mudah mengesan keganjilan yang berlaku. Tidak sukar pun mahu membezakan punca gegaran tersebut, iaitu sama ada disebabkan permukaan jalan (rosak atau tidak rata) atau tayar yang bermasalah.

Gegaran boleh jadi disebabkan masalah absorber yang tidak lagi berfungsi baik. Boleh juga kerana tayar sudah tidak seimbang. Jika hendal bergegar melampau, kemungkinan besar akibat tayar bermasalah. Periksa, mungkin sebab dua simptom seperti disebutkan di atas.

BACA >>> Adakah Tayar Terpakai Selamat dan Boleh Digunakan?

4. BUNGA TAYAR HAUS

Ini pengetahuan asas yang semua penunggang mesti tahu! Apabila bunga tayar mula menipis, seeloknya tukarlah tayar baharu. Tayar haus mengurangkan kesan cengkaman atas permukaan jalan dan sangat berbahaya, terutama ketika mahu membrek atau mengambil selekoh.

Sila pantau indikator bunga haus (TWI) untuk mengenal pasti kondisi tayar motosikal anda. Lakukan secara berkala. Sebulan sekali untuk tayar baharu, dan lebih kerap jika tayar sudah mencapai usia setahun.

Cara mengesan indikator TWI, cari simbol segitiga pada dinding tayar. Jika haus tayar sudah mencapai had tersebut, segeralah tukar baharu dan jangan tunggu sampai botak. Bahaya!

BACA >>> #Videotomotif: Mungkin Inilah Masa Katakan Selamat Tinggal Kepada Tayar Pancit

SUMBER: IwanBanaran

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, autotainment, Bunga Tayar, ganti tayar pancit, Jenis tayar, Masalah Tayar Motor, tahukah anda, Tayar, tayar motosikal, tip tayar pecah, tukar tayar motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev