ASTRA Honda Motor (AHM) memperkenalkan Supra GTR150 (Malaysia: RS150R) versi dipertingkat (facelift) dengan rekabentuk lebih agresif dan sporty, termasuk rekaan panel meter baharu.
Rekabentuk agresif dapat dilihat pada rekaan grafik dekal pada fairing depan dan lampu belakang. Juga rekabentuk berbeza pada fender belakang dengan lampu signal capang (sebelum ini tidak). Panel meter disegarkan semula dengan rekaan sporty, tetapi kekal mudah dibaca.
BACA >>> Tular Foto Kemalangan di Vietnam, Fairing Honda Winner X Senang Rabak?
Supra GTR150 dijana enjin 4-lejang 4-injap 149.16cc DOHC dengan sistem bahan api PGM-FI dan transmisi klac manual 6-kelajuan berkuasa 16.1hp @ 9,000rpm dan tork 14.2Nm @ 6,500rpm.
Selain itu, Supra GTR150 baharu ini didatangkan dengan lampu utama LED dengan perubahan kemasan hitam yang memberikan efek agresif, dan multireflektor dual lapis multi reflektor untuk pencahayaan luas.
BACA >>> Musim Selebriti Tayang YSuku Buat Pemilik Honda RS150R Tersentuh (Betul Ke?)
Ada empat warna pilihan, ditawarkan untuk dua varian, iaitu Exclusive dengan warna Matte Red dan Matte Silver pada harga Rp23,685,000 (RM7,020), manakala Sporty dengan warna Spartan Red dan Gun Black pada harga Rp23,435,000 (RM6,950).
Leave a Reply