• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan Kini di Malaysia, Harga RM350k

Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan Kini di Malaysia, Harga RM350k

September 24, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

560
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) melancarkan model pengenalan asas Mercedes-AMG A 35 4Matic Sedan ke pasaran tempatan. Pengenalan model A-Class itu mensasarkan golongan muda yang mahukan jentera prestasi tinggi dan keselesaan untuk ruang penumpang dan but.

ENJIN 2.0L TURBO

Sedan empat pintu ini dijana enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo berkuasa 306hp dan tork 400Nm dengan transmisi dual-klac AMG Speedshift DCT 7G, manakala pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 4.8saat dengan mod Race-Start.

BACA >>> #PanduUji: Hatchback Mewah Mercedes-Benz A250 AMG Line yang Berdesup Laju!

AURA GARANG AMG

Mercedes-AMG A35 Sedan menampilkan pakej luaran AMG Line dengan pilihan rim aloi ringan AMG 5-jejari 19 inci, gril radiator dengan ram berkembar dan elemen kemasan krom, manakala versi agresif pakej AMG Aerodynamics menawarkan aksesori seperti spliter depan dan spoiler belakang.

Model ini turut dilengkapkan Bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif Plus (Adaptive Highbeam Assist Plus), cermin sisi boleh lipat dan multisuluh LED. Ia juga dipadankan lampu belakang dua bahagian dan difuser belakang baharu.

KABIN, BUT LUAS

Luas kabin Mercedes-AMG A 35 4MATIC Sedan menawarkan saiz ruang kepala 944mm dan kapasiti but 420 liter dengan bukaan but selebar 950mm yang memudahkan operasi memunggah masuk-keluar barang.

Ruang kabin mengekalkan sistem infotainmen MBUX (Mercedes-Benz User Experience) dengan panel paparan lebih lebar dan sistem pengaktifan suara.

Karakteristik AMG diserlahkan menerusi material upholsteri mikrofiber DINAMICA dengan sulaman benang merah yang boleh dilihat pada tali keledar. Ciri tambahan baharu termasuk konsol tengah AMG dengan pad sentuh dan punat tambahan untuk Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan mod transmisi manual.

BACA >>> 10 Fakta Pantas - Mercedes-Benz A-Class Serba Baharu di Malaysia, Harga Mula RM228k

CIRI BAHARU

Program pemanduan AMG DYNAMIC SELECT  baharu yang menggabungkan sistem kawalan pengendalian dinamik berfungsi menstabilkan ESP mengikut keperluan pemandu dan campur tangan brek.

Sistem suspensi adaptif AMG RIDE CONTROL membolehkan pemandu memilih tiga tetapan suspensi. Ia boleh beroperasi automatik mengikut situasi pemanduan dan keadaan jalan.

HARGA RM359k

Harga jualan Mercedes-AMG A 35 4MATIC Sedan bermula RM348,888. 

BACA >>> Daimler Hairan Bagaimana Kim Jong-Un Boleh Ada Mercedes Maybach?
BACA >>> Mercedes-Benz Storm Edition X 250d 4MATIC, Trak Pikap Premium Lain Daripada Lain

GALERI

Related

560
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: A-Class, Mercedes-AMG A 35 4MATIC Sedan, Mercedes-benz, Mercedes-Benz A-Class, Mercedes-Benz Malaysia, sedan premium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my