KOMITED merealisasikan impian dan misi sebagai jenama automotif moden peringkat global, Proton menggariskan empat teras utama dalam usaha mencapai cita-cita tersebut.
Salah satunya adalah memperkenalkan logo dan slogan baharu seiring imej jenama automotif tempatan tersebut. Pengenalan logo baharu ini akan membuka perjalanan baharu Proton bagi membuktikan kemampuan menjadi jenama automotif moden untuk bersaing sihat di peringkat global.
BACA >>> Proton Kekal Momentum Jualan Setiap Bulan, Yakin Atasi Rekod Jualan 2018 Lebih Awal
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, penjenamaan dilakukan Proton bukan sekadar logo, slogan atau warna. Beliau berkata;
Ia melambangkan aspirasi Proton dalam mengukuhkan komitmen kepada pelanggan dan kerana itulah kami tidak tergesa-gesa melancarkan penjenamaan baharu ini selepas bersama Proton sejak 2017.
"Sebaliknya, kami menumpukan kepada segala usaha menyelesaikan pelbagai isu pelanggan, mewujudkan produk lebih baik, meningkatkan rangkaian wakil penjual dan membina kembali kepercayaan pelanggan. Inilah komitmen dan ‘jenama’ kami."
1. LOGO, SLOGAN BAHARU
Lambang harimau dikemas kini dengan sentuhan warna perak bersama rekabentuk unik. Bahagian kepala harimau ditinggikan seperti bentuk anak panah yang melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke depan. Rekabentuk baharu itu juga mewakili jati diri Malaysia.
Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) akan menjadi model pertama menggunakan logo baharu ini.
Slogan baharu Proton, ‘Inspiring Connections’ pula menampilkan aspirasi jenama yang mewakili teknologi dan mobiliti dalam menghubungkan manusia dengan memberikan inspirasi kejayaan dalam kehidupan. Selain itu, tiga nilai teras lain yang memacu misi terkini Proton ialah teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan antarabangsa.
2. TEKNOLOGI INOVATIF
Proton juga sentiasa bersedia membangunkan produk dengan rangkaian teknologi inovatif dimiliki melibatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) peringkat global dan platform Geely iNTEC termaju.
Proton akan terus berusaha memastikan barisan produk dihasilkan dilengkapi teknologi terkini. Pelaksanaan itu boleh dilihat menerusi rangkaian model baharu Proton seperti teknologi sistem infotainment, 'Hi, Proton' dan pengenalan Proton Saga sebagai kenderaan pertama di bawah harga RM40,000 yang dilengkapi ciri keselamatan standard Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).
3. KEBOLEHPERCAYAAN
Proton juga percaya dengan kepentingan komitmen dalam mengembalikan kepercayaan pelanggan. Ini dikukuhkan dengan usaha Proton meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan dan produk dengan mengadaptasikan piawaian global dan amalan pembuatan terbaik, termasuk melaksanakan latihan kakitangan.
Proton turut bekerjasama rapat dengan rangkaian wakil penjual dengan menaik taraf pusat servis biasa kepada Pusat 3S/4S. Setakat ini, Proton sudah memiliki 102 Pusat 3S/4S seluruh Malaysia bagi meningkatkan pengalaman perkhidmatan selepas jualan terbaik buat pelanggan.
BACA >>> Interviu CEO: Proton Bukan Syarikat China, Tapi Sudah Jadi Multinasional
4. ANTARABANGSA
Dalam usaha merealisasikan impian sebagai jenama unggul global dan tiga pengeluar automotif terbaik ASEAN, termasuk mencapai pengeluaran 400,000 unit kenderaan menjelang 2027, Proton akan meneruskan bekerjasama dengan rakan perniagaan peringkat global dan memanfaatkan keupayaan rantaian bekalan peringkat antarabangsa.
Ini termasuk menggunakan bakat-bakat global dan mengadaptasikan teknologi antarabangsa untuk menjadi jenama automotif dunia kompetitif.
Yob says
Baguih le dari DRB HICOM. Tukar logo macam kerja tak siap. Font kejap besar kejap kecik. Tak percaya tengok la slide presentation masa DRB jaga.
Md Ramaln says
Dalam dunia automatif ni Proton masih ketinggalan dari segi service after sale. Service Center Proton didapati tidak mesra pelanggan dan dalam kebanyakan kes tidak dapat menyelesaikan masalah pelanggan. Perbaiki dahulu khidmat lepas jualan dan warranty claim jika ingin mencapai sasaran jualan.
AHMAD AIMIN NIZAM says
Teringat kartun zaman 80an Tundercat logo lebih kurang sama
khairi says
baru nk ckp, thunderrrr cat... hooooooo...