• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda CX-4 Dilancarkan di Beijing Motor Show 2016

Mazda CX-4 Dilancarkan di Beijing Motor Show 2016

April 26, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

225
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Mazda CX-4MAZDA CX-4 tampil debut di Beijing Motor Show 2016 dalam dua varian, 2.0L dan 2.5L. Sudah pasti pengenalan Mazda CX-4 ini memberikan khabar gembira buat peminat Mazda.

Tetapi, kami dimaklumkan Mazda CX-4 dijual untuk pasaran China sahaja. Malah, di negara 'tuan rumah' Mazda di Jepun pun tidak dijual model ini di sana. Dalam erti lain, pengeluaran model ini hanya eksklusif buat pasaran China.

Perkhabaran ini nyata mengecewakan memandangkan CX-4 adalah antara model dinanti-nantikan peminat Mazda.

Bagi pasaran China, model pemasangan tempatan (CKD) hasil kerjasama FAW-Mazda di kilang Changchun itu hadir dengan rekabentuk menarik dan seksi.

Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (3)LUARAN

Sama seperti barisan Mazda lain, CX-4 meneruskan kesinambungan teknologi SKYACTIV dengan mencetuskan emosi dan keseronokan pemanduan menerusi falsafah ‘KODO Soul of Motion’ yang menggabungkan tiga prinsip asas rekaan; kelajuan, ketegangan dan kehalusan.

Sekilas pandang rekabentuk CX-4 hampir serupa jika dibandingkan Mazda CX-3. Cuma saiz CX-4 tampak lebih besar dan luas.

Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (13)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (10)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (12)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (16)

Dari hadapan, rekaan gril latar hitam dengan kemasan jalur krom meningkatkan impak anggun dan penuh gaya selain sosok fizikal yang agresif, seksi dan elegan serta dilengkapi teknologi baru.

Lebih bergaya, Mazda CX-4 dilengkapkan bersama rim aloi 17-inci bagi varian 2.0L dan 19-inci untuk 2.5L.

BACA: Pandu Uji Mazda CX-3 Mengiurkan

Mazda CX-4DALAMAN

Ruang dalaman masih kekal sama seperti model Mazda lain. Konsol tengah didatangkan bersama sistem audio MZD Connect dengan skrin sesentuh yang memaparkan pelbagai info pemanduan.

Antara ciri lain ialah sistem masuk tanpa kunci, kerusi balutan kulit, kamera undur, sistem penghawa dingin automatik, i-Stop dan i-ELOOP.

Mazda CX-4PRESTASI

Aspek prestasi, Mazda CX-4 hadir dalam dua varian enjin; SKYACTIV-G 2.0L dan SKYACTIV-G 2.5L dan dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Penggunaan bahan api bagi varian 2.0L mencatatkan 6.3L per 100km, manakala 2.5L pula 7.2L per 100km.

Buat masa ini, hanya model Mazda CX-4 2.5L diperkenalkan terlebih dahulu dan difahamkan varian 2.0L bakal hadir dalam masa terdekat.

Namun apakan daya, Mazda CX-4 diperkenalkan untuk pasaran China saja. Harap-harap Mazda Malaysia boleh cuba membawa masuk model ini.

Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (3)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (1)
Mazda CX-4
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (6)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (7)
Mazda CX-4
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (2)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (9)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (11)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (12)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (13)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (14)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (15)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (16)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (17)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (18)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (19)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (20)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (21)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (22)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (23)
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (24)
Mazda CX-4
Mazda CX-4_Pandulajudotcomdotmy (26)

Related

225
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Beijing Motor Show 2016, Crossover, mazda, Mazda CX-3, Mazda CX-4, Mazda Malaysia, skyactiv, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026, Gaya Klasik Untuk Pasaran Jepun, RM20.5 Ribu
    Honda GB350 C 2026, Gaya Klasik Untuk Pasaran Jepun, RM20.5 Ribu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia
    U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev