• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM SX-E 5 - Motosikal Off-Road Elektrik untuk Kanak-Kanak 3-10 Tahun

KTM SX-E 5 - Motosikal Off-Road Elektrik untuk Kanak-Kanak 3-10 Tahun

September 20, 2019 By Aryon Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM melancarkan motosikal elektrik (e-motosikal) kanak-kanak, SX-E 5 yang dikatakan mengambil masa 10 tahun untuk dibangunkan, dan bersedia berentap dengan pesaing sedia ada di pasaran, OSET MX-10.

Dengan ketinggian boleh laras, SX-E 5 disasarkan kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 10 tahun. Ada enam mod kuasa yang membolehkan penunggang kurang pengalaman untuk perlahan-lahan belajar cara mengawal e-motosikal ini.

BACA >>> Penunggang 'Gojek Rwanda' Wajib Guna Motosikal Elektrik

ktm-sx-4-5-2019-2
ktm-sx-4-5-2019-3

Jika menggunakan mod kuasa penuh (5kW), SX-E 5 mampu menghasilkan kuasa yang sama seperti jentera petrol SX 50. Namun apa yang istimewa, e-motosikal ini kurang penyelenggaraan dan deruman bunyi pula boleh dikatakan hampir tiada, sekali gus menjadikan model ini mesra jiran tetangga.

Sumber tenaga SX-E 5 datang daripada pek bateri litium-ion ringan yang dipasangkan pada frem motosikal untuk hantaran kuasa lancar pada motor elektrik 48V BLDC.

Motor elektrik dalam casis pula memiliki prestasi sama seperti jentera SX off-road yang ditunggang pelumba Red Bull KTM Factory Racing Team. Seiring dengan trenkuasa elektrik ialah teknologi fork udara WP XACT 35, termasuk absorber WP XACT dan dilengkapkan brek cakera premium, peg kaki besi tuang, bar hendal aluminium dan ergonomik lumba.

BACA >>> Ini Mungkin Motosikal Elektrik Paling Hodoh di Dunia

Pengarah Produk Off-Road Kanan KTM, Joachim Sauer berkata;

KTM SX-E 5 menawarkan casis premium, sama seperti semua model SX kami, tetapi juga aspek kebolehtunggangan. Terima kasih kepada motor elektrik kerana ia mudah untuk ditunggang, tetapi pada masa sama ia juga boleh jadi sangat pantas tanpa buat bising.

"Ciri boleh laras motosikal ini membolehkan penunggang kanak-kanak menggunakannya selama beberapa tahun kerana mereka membesar dengan cepat. Mereka juga boleh lebih bebas menguruskan motosikal, dan selain meletakkan minyak rantai, penyelenggaraan lain sangat minimum. Dari segi keselamatan, pasukan elektronik sudah bekerja keras untuk mencapai tahap tinggi."

SX-E 5 dijadualkan di pasaran pada suku akhir tahun ini.

View this post on Instagram

The NEW KTM SX-E 5 | A revolutionary electric dirtbike for the champions of tomorrow! #KTM #ReadyToRace #KTMSXE5 #SXelectric

A post shared by KTM (@ktm_official) on Sep 19, 2019 at 2:19am PDT

ktm-sx-4-5-2019-2
ktm-sx-4-5-2019-3
ktm-sx-4-5-2019-1
ktm-sx-4-5-2019-4

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, e-Motosikal, EV, Joachim Sauer, Kenderaan Elektrik (EV), KTM, KTM SX-E 5, motosikal elektrik, off-road, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev