• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Benarkah Isi Petrol Murah Beri Kesan Kepada Motosikal FI?

#TahukahAnda: Benarkah Isi Petrol Murah Beri Kesan Kepada Motosikal FI?

September 18, 2019 By Admin PanduLaju 3 Comments

5.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SALAH satu komponen penting motosikal teknologi suntikan bahan api (FI) ialah injektor. Komponen ini berfungsi menyuntik petrol ke kebuk pembakaran menerusi efek pencucuhan yang dicetuskan palam pencucuh.

Prestasi dan ketahanan injektor pula sangat bergantung kepada jenis petrol yang anda gunakan. Jika anda pemilik motosikal FI, anda disarankan menggunakan petrol oktana tinggi.

Bukannya tidak boleh guna petrol oktana rendah, cuma tidak digalakkan. Ini kerana tahap oktana ada kaitan dengan 'kebersihan' petrol yang diisi dalam tangki motosikal anda, dan petrol oktana rendah berisiko menyebabkan injektor FI tersumbat.

BACA >>> Adakah Kenderaan Anda Perlukan Aditif Bahan Api?

 

Injektor tersumbat
Servis Injektor

Kebanyakan enjin FI mempunyai nisbah mampatan tinggi, lebih 9:1 yang bertujuan menjimatkan petrol. Namun kecekapan bahan api hanya dapat dicapai jika menggunakan petrol oktana tinggi, sesuai dengan spesifikasi motosikal. Semakin besar nisbah mampatan enjin, maka semakin tinggi keperluan anda menggunakan petrol oktana tinggi.

Ini kerana jika anda mengisi petrol oktana rendah, simptom 'letusan cepat-lambat' akan muncul. Asasnya, penyenggaraan enjin FI lebih minimum berbanding enjin karburetor biasa. Itupun jika anda jadikan petrol oktana tinggi sebagai bahan api utama.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan dan Atasi Masalah Injektor Bahan Api?

isi-minyak-ron97-1
isi-minyak-ron97-2

Malah, ada beberapa kes sportbike terkandas di stesen minyak kerana selalu diisi petrol oktana rendah. Antara tanda motosikal FI itu selalu menggunakan minyak berkualiti rendah ialah bateri kerap lemah kerana pam perlu bekerja keras menyalurkan petrol disebabkan penapis minyak tersumbat.

Kepada pemilik motosikal FI, mungkin sekarang masa terbaik untuk anda lebih kerap isi petrol oktana tinggi seperti RON97 😅. Sebenarnya RON95 pun sudah memadai asalkan mengikut spesifikasi disarankan pengeluar.

Isu ini berbeza dengan negara jiran, misalnya Indonesia, yang masih menawarkan minyak gred lebih rendah daripada RON95 seperti RON88, RON90 dan RON92. Dan masing-masing boleh terus mengisi minyak tanpa perlu rasa risau.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motosikal EFI Tetiba Mogok, dan Bagaimanakah Mengatasinya?

NOTA: Dalam artikel di atas tidak disebutkan langsung yang RON95 sebagai petrol berkualiti rendah.

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

5.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, cara isi minyak, Injektor Bahan Api, Motosikal FI, Pembersih Injektor, Suntikan Bahan Api (FI), tahukah anda

Comments

  1. Shah nor says

    March 8, 2020 at 10:02 AM

    Tolong delete pos ni atau edit semula.. Isi kandungan agak lari.. Nk ckp mnyak murah kotor.. Berlaku pembakaran cepat lambat tu berkenaan knocking ke? Jika betul.. Tp ikot kajian ron 95 mampu tahan sehingga kompressi ratio 12.5:1 sebelom berlaju knocking.. Please admin jgn tulis dan pos bende2 yang kurang betul.. Untuk makluman admin.. Motor fi semua ada fuel pump.. Dan pada fuel pump wajib ada fuel filter.. Tersumbat nye fi tu bersebab filter bkn ron mnyak..

    Reply
    • AO says

      March 9, 2020 at 1:47 PM

      Ada salah faham di situ. Kami tak sebut pun RON95 sebagai petrol murah dan gred rendah. Ada tambahan fakta sudah kami masukkan supaya tidak berlaku kekeliruan.

      Reply
  2. Teddy says

    September 9, 2020 at 8:54 PM

    Betul. Ikut panduan yang disarankan dalam buku panduan. Saya guna yamaha lagenda 115 fi isi petrol ron95 ikut saranan. Pernah isi ron97 beberapa kali selama 2 bulan, enjin susah hidup. Kalau enjin sejuk lagi susah nak hidup. Lepas tu isi balik ron95 sampai sekarang

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev