• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton 1 Tank Adventure Musim Kedua Kembali dengan Tawaran Hadiah Bernilai RM100k!

Proton 1 Tank Adventure Musim Kedua Kembali dengan Tawaran Hadiah Bernilai RM100k!

September 13, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGANJURAN PROTON 1 Tank Adventure kembali lagi buat tahun kedua bermula hari ini (14 September). Peserta yang terlibat kali ini terdiri daripada selebriti, pemilik Proton dan pengamal media yang masing-masing bakal merebut hadiah bernilai lebih RM100,000. Setiap peserta perlu melepasi tiga pusingan awal dan satu pusingan akhir dengan memandu kereta Saga, Iriz dan Persona (2019).

Jika cabaran musim pertama melibatkan kawasan sekitar Semenanjung Malaysia, saingan musim ini turut melibatkan dua pusingan di Malaysia Timur, iaitu Sabah dan Sarawak. Pusingan akhir pula lebih epik, iaitu peserta perlu memandu dari Kota Bharu ke Johor Bharu dengan isian satu tangki minyak sahaja.

Objektif utama Proton 1 Tank Adventure adalah membuktikan kecekapan penggunaan bahan api kereta baharu Proton. Setiap peserta perlu memandu kereta merentasi pelbagai keadaan jalan raya dan lalu lintas untuk mencapai tahap penjimatan bahan api yang boleh juga dilakukan pemandu lain dalam pemanduan harian mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, program seperti itu membuktikan pemanduan berhemah kereta Proton sememangnya dapat merekodkan penjimatan bahan api.

BACA >>> #PanduUji: Proton 1 Tank Adventure - Isi Penuh Saga Boleh Pergi Sejauh 650km!

"Angka-angka ini tidak diperoleh dengan perjalanan yang dirancang, tetapi mengikut keadaan pemanduan harian seperti dilalui pemilik kereta lain. Pada akhir cabaran, kami akan membuktikan barisan kereta Proton terkini mampu memberikan angka penjimatan bahan api yang membantu mengurangkan kos belanja," katanya.

Cabaran ini turut menonjolkan penambahbaikan dilakukan Proton ke atas model-model yang dilancarkan tahun ini seperti Iriz, Persona dan Saga. Bermula sistem arahan suara 'Hi Proton', peningkatan kualiti, penambahan sambungan Internet dan pelbagai ciri keselamatan komprehensif untuk sebuah kereta yang berharga kurang RM40,000.

BACA >>> Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

Related

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CEO Proton, Dr. Li Chunrong, jimat minyak, Proton, Proton 1-Tank Adventure

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev