• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / LEVC LVC - Van Komersial Hibrid dengan Jarak Memandu 607km

LEVC LVC - Van Komersial Hibrid dengan Jarak Memandu 607km

September 13, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TEKSI London atau Black Cab mengalami transformasi daripada kenderaan petrol kepada kenderaan pacuan elektrik. Sejak Januari 2018, London EV Company (LEVC) sudah mengeluarkan 2,500 unit TX sebagai teksi elektrik yang memberikan impak cukup besar kepada alam sekitar.

TX yang dilengkapkan teknologi penyambung jarak (range extender) berjaya mengurangkan pelepasan emisi sekitar 6,800 tan CO2 ke udara, dan menjimatkan penggunaan minyak hingga 850,000 liter.

Tahukah anda, di belakang LEVC ialah Geely, iaitu pengeluar dari China yang membuat pelaburan lebih £500 juta (RM2.6 bilion) sejak 2014. Selepas berjaya dengan teksi London baharu, LEVC kni memperkenalkan pula van komersial ringan, dipanggil LCV.

BACA >>> London Haramkan Uber, Pemandu 'Black Cab' Tarik Nafas Lega

LCV - KENDERAAN KOMERSIAL ELEKTRIK

Ini langkah perniagaan bijak kerana LCV menggunakan platform dan teknologi e-City range extender, sama seperti teksi TX. Kenderaan kedua LEVC ini menawarkan jarak pemanduan elektrik sejauh 129km. Jarak itu tidaklah jauh bagi sebuah van komersial, tetapi jika digabungkan dengan kuasa petrol dan elektrik, ia boleh dipandu sejauh 607km!

LCV disasarkan kepada pelanggan yang perlu memandu sekitar 161km sehari dalam urusan perniagaan mereka. Jika destinasi ke luar bandar, pemandu boleh guna mod range extender sebelum bertukar kepada mod EV jika memandu dalam bandar.

Selain menawarkan teknologi trenkuasa canggih, LCV turut dilengkapi sistem keselamatan aktif terkini dan mematuhi standard ujian pelanggaran tertinggi dunia. Inilah manfaat yang dapat dinikmati LEVC apabila berada dalam kumpulan yang sama dengan Volvo Cars.

Tahap keselesaaan pemandu pula menggunakan penanda aras MPV premium, termasuk ciri ergonomik yang dibina mengikut keperluan pemandu dan penumpang.

BACA >>> Selamat Tinggal 'Black Cab' London TX4, Bakal Diganti Teksi Elektrik!

ESKPORT LUAR NEGARA

LEVC mempunyai perancangan perniagaan besar menjelang 2022. Syarikat pengangkutan awam ini menjangka 70 peratus kenderaan akan dieksport ke luar negara, manakala baki selebihnya digunakan sebagai kenderaan domestik di Britain.

LEVC ialah satu-satunya pengeluar dunia yang menghasilkan teksi elektrik range extender. Selain menghasilkan TX, kilang LEVC di Ansty, Conventry, England juga akan mengeluarkan LCV apabila dilancarkan secara rasmi pada 2020 nanti.

BACA >>> Toyota JPN Taxi Bakal Jadi Pengangkutan Awam Ikonik Jepun

GALERI
teksi-elektrik-levc-lvc-3
LEVC_LCV
LEVC_LCV (2)
LEVC_LCV (3)
LEVC_LCV (4)
LEVC_LCV (5)
LEVC_LCV (6)
teksi-elektrik-levc-lvc-1
teksi-elektrik-levc-lvc-2
teksi-elektrik-levc-lvc-4
teksi-elektrik-levc-lvc-5

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: LEVC, LEVC LVC, LEVC TX, London Cab, London EV Company (LEVC), pengangkutan awam, range extender, Teksi, Teksi Elektrik, teksi London

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my