• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota JPN Taxi Bakal Jadi Pengangkutan Awam Ikonik Jepun

Toyota JPN Taxi Bakal Jadi Pengangkutan Awam Ikonik Jepun

October 24, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Comfort adalah antara kenderaan pengangkutan awam yang biasa dilihat bergerak atas jalan raya seluruh Jepun. Terkini, Toyota bakal memperkenalkan teksi baharu yang dibina khas untuk pasaran domestik Negara Matahari Terbit itu, dinamakan JPN Taxi.

Sama seperti teksi Nissan NV200 versi New York, Toyota memilih menampilkan JPN Taxi sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) berbanding sedan panjang. Rupa luaran MPV itu sengaja direka vintaj supaya mudah dikenali umum, sekali gus dapat menjadi kenderaan itu sebagai simbol ikonik Jepun, sama seperti imej teksi 'Black Cab' di London.

BACA >>> Selamat Tinggal 'Black Cab' London TX4, Bakal Diganti Teksi Elektrik!

TEKSI MESRA PENGGUNA

toyota-jpn-taxi-3
toyota-jpn-taxi-8
toyota-jpn-taxi-7

Toyota menyifatkan JPN Taxi sebagai kenderaan mesra pengguna dengan menampilkan lantai rendah dan rata, pintu gelongsor belakang elektrik besar dan kabin yang boleh diakses kerusi roda untuk golongan kurang upaya. MPV tersebut juga memudahkan pemandu dengan saiz pilar-A kecil yang memberikan lebih kejelasan ketika memandu, termasuk disediakan sistem GPS.

Di sebalik JPN Taxi ialah enjin 4-silinder 1.5 liter dengan bahan api LPG yang disepadukan bersama sistem pacuan elktrik hibrid. Selain mesra alam, teksi ini juga selamat dengan dibekalkan 6-beg udara dan pakej Toyota Safety Sense C yang memuatkan amaran perlanggaran depan dan brek kecemasan.

BACA >>> Senarai 10 Negara Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia

JPN Taxi ialah antara model Toyota baharu yang ditayangkan sempena Pameran Motor Tokyo bermula hari ini.

GALERI

SUMBER: Auto Guide

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4, Toyota Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Teksi, teksi Jepun, Toyota, Toyota JPN Taxi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my