SELEPAS beli kereta baharu, hidung pasti terhidu aroma yang biasanya dipanggil 'bau kedai'. Ada yang suka dan tidak kurang pula mengeluh pening kepala.
Mereka yang kurang selesa dan stres dengan bau tersebut pasti akan buat pelbagai cara untuk menghilangkannya. Nah, kami kongsikan beberapa tip mudah yang boleh anda buat.
DARI MANA MUNCUL 'BAU KEDAI'?
Umumnya, aroma dalam kereta baharu berpunca daripada banyak sebatian yang dilepaskan daripada material plastik, kulit, vinil, dan bahan lain yang digunakan untuk menyambungkan pelbagai komponen kereta seperti gris, pelincir, gam dan seumpamanya.
Apapun, jangan bimbang kerana bau tersebut tidaklah sampai memudaratkan kesihatan walaupun ramai juga yang mengaku tidak menyukainya.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenali 6 Jenis Bau dalam Kereta, Petanda Awal Kereta Mungkin Bermasalah
BAGAIMAKAH CARA HILANGKAN BAU?
Tahukah anda yang bau kurang menyenangkan itu dapat dihilangkan dengan memarkir kereta di bawah sinar matahari dalam keadaan tingkap dibuka. Tidak perlu lama, biarkan lebih kurang 5-10 minit. Kemudian, hidupkan enjin dan aktifkan penyaman udara supaya bau tersebut boleh cepat hilang.
Selepas itu, letaklah pewangi kereta kesukaan anda. Tetapi ingat, jangan sembarangan pilih pewangi kerana boleh membahayakan kesihatan. Pilihlah produk yang selamat dengan bauan yang tidak menyengat.
BACA >>> Bau Kedai Belum Hilang, Tetapi Honda Civic Type R Milik Lelaki Ini Kemalangan
BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Pandu Kereta Baharu, Mesti Relaks, Jangan Kalut dan Kasar
SUMBER: Suzuki.co.id
Leave a Reply