• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Benarkah Bawa Naik Motor Punca Lif PPR Rosak?

Benarkah Bawa Naik Motor Punca Lif PPR Rosak?

September 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

605
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH lif rosak di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) bukan lagi isu baharu. Paling terbaharu adalah insiden pada awal Ogos lalu yang menyaksikan beberapa penduduk PPR Kerinchi di Kuala Lumpur mengalami patah kaki apabila lif dinaiki mereka terhempas.

Bagaimanapun, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) mendakwa lif tersebut bukan terhempas, tetapi turun melebihi kelajuan biasa. Namun apa yang pasti, kalau bukan terhempas sekalipun, masalah lif rosak memang sudah jadi isu biasa dalam kalangan penduduk PPR sama ada lif tidak berfungsi, punat tekan rosak, pintu lif tidak ditutup rapat atau tidak terbuka atau terbuka-tutup berkali-kali, lampu lif terbakar dan tidak berganti dan lain-lain lagi (sila senaraikan jika ada).

Selain tanggungjawab pihak berkuasa, sikap penduduk turut dikatakan menjadi punca kepada masalah lif kerap rosak. Dalam tinjauan Astro Awani di PPR Seri Pantai, masalah lif rosak di pangsapuri itu juga tidak terkecuali walaupun lif itu baru saja diganti atau diservis tidak sampai setahun.

BACA >>> Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Pantai, Tusiah Sinor, masalah lif rosak sangat sinonim dengan penduduk PPR termasuk Seri Pantai, malah beliau sendiri pernah jadi mangsa keadaan.

Selain kegiatan vandalisme yang menjadi antara puncak lif rosak, ada sesetengah penduduk bertindak melampau dengan membawa masuk motosikal ke dalam lif. Lebih menyakitkan hati, apabila ditegur, orang yang menegur pula yang kena marah.

"Ada yang bawa motosikal masuk lif dan naik atas. Apabila kita tegur dia marah kita balik. Dia tak kisah dan dia tidak hormat orang. Malah, dalam rumah pun ada yang letak motosikal. Kadang-kadang saya lapor juga ke pejabat kecil (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) sebab berat muatan itu lebih daripada manusia," kata Tusiah.

Wakil Astro Awani turut mengakui kebenaran pengalaman dikongsi Tusiah apabila kebetulan muncul seorang penduduk sedang mengeluarkan motosikal dari dalam lif yang semestinya diparkir di dalam rumah (lihat video di atas).


KOMEN KAMI

Mungkin ada yang mempertikaikan (termasuk kami) mengenai kata-kata puan pengerusi pasal berat motosikal melebihi muatan. Ini kerana majoriti  berat motosikal jenis kapcai, yang biasa dibawa naik penduduk PPR, adalah lebih kurang 120kg sahaja. Lainlah kalau dia bawa masuk sebuah Axia.

Sebagai contoh, berat YSuku cuma 115kg, atau lebih kurang berat seorang lelaki dewasa dengan ketinggian 176sm yang berbadan gempal dan berperut buncit lebih kurang 5-6 inci dari paras dada.

Namun, fakta yang tidak perlu kita nafikan adalah tindakan membawa masuk motosikal ke dalam lif. Itu memang sikap yang cukup biadap kerana mementingkan diri dan memang patut dikecam. Ia sama saja dengan perangai kentut di dalam lif, merokok, membuang sampah merata-rata dan membawa sampah busuk yang entah berapa hari disimpan dan tidak dibungkus kemas hingga air sampah itu menitik ke lantai lif. Jangan ingat PanduLaju/ArenaPermotoran tak buat survey!

Nasihat kami, jika ada sesuatu isu berbangkit seperti masalah kecurian motosikal, tulislah surat dan buatlah aduan kepada pihak berkuasa. Kami dimaklumkan setiap PPR ada pejabat kecil  yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal penduduk di pangsapuri berkenaan. Jangan lupa tulis juga kepada DBKL dan Yang Berhormat kawasan anda. Tetapi jangan lupa buat tuntutan insurans.

MENGAMUK DI FACEBOOK?

Kalau cara konvensional (tulis surat) nampak seperti tidak meyakinkan, anda bolehlah mengadu terus secara e-mel  atau 'PM tepi' ke laman Facebook agensi berkenaan (seperti foto atas). Kalau semua sudah dibuat, dan tidak diendahkan, mengamuklah secara berhemah di Facebook dan ajaklah kawan sepangsapuri anda mengamuk bersama.

Apa yang penting, tidak perlulah dijahanamkan lif rumah kita kerana orang yang guna lif itu pun kita dan keluarga kita juga. Kalau berani pergilah jahanamkan lif pejabat DBKL sana (ini cuma bergurau, bukan hasutan!)

Tidak perlulah kita menunding jari kepada sesiapa kerana nanti orang itu (pihak berkuasa) pun akan menunding jari kepada kita juga dan masalah tetap tidak selesai. Apapun, kepada pihak berkuasa yang cuai dan bekerja sambil lewa, anda pun sebenarnya sama-sama hina dengan orang yang bawa masuk motosikal ke dalam lif.

Related

605
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Flat, Lif, Lif Rosak, Pangsapuri PPR, PPR, Projek Perumahan Rakyat PPR), Punca Lif Rosak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev