• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Ferdinand Piëch - Tokoh Automotif Hebat yang Penuh Magis

Ferdinand Piëch - Tokoh Automotif Hebat yang Penuh Magis

September 3, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA 25 Ogos lalu, seorang tokoh hebat industri automobil meninggal dunia. Beliau ialah Prof Dr Ferdinand Piëch, iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi Lembaga Pengawasan Volkswagen Group.

Piëch, 82, memulakan karier di Audi Aktiengesellschaft (AG) pada 1972. Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai CEO Audi AG pada 1988 sebelum berpindah jawatan sebagai CEO Volkswagen AG pada 1993. Pada 2002, beliau terpilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengawasan Volkswagen AG. Beliau kemudian meninggalkan Volkswagen Group apabila meletakkan jawatan pada 2015.

BACA >>> Pengeluaran Volkswagen Beetle Ditamatkan, Unit Paling Akhir Dikeluarkan di Mexico

CUKUP BERJASA KEPADA VOLKSWAGEN GROUP

Ferdinand Piëch
Ferdinand Piëch
Audi menyinar di bawah Piëch.
Audi menyinar di bawah Piëch.
Piëch perkenalkan Quattro yang membuatkan kereta AWD popular.
Piëch perkenalkan Quattro yang membuatkan kereta AWD popular.
Audi menang 13 kejuaraan Le Mans dalam 15 tahun penyertaan sejak 2000.
Audi menang 13 kejuaraan Le Mans dalam 15 tahun penyertaan sejak 2000.

CEO Volkswagen AG, Dr Herbert Diess berkata, mendiang ialah individu yang sangat berjasa kepada Volkswagen Group dengan aneka pengalaman penuh warna-warni.

Berdasarkan kenyataan itu, jelas sekali Piëch ialah seorang yang berani, sentiasa ada sikap keusahawanan dan pintar dalam hal teknikal. Sebagai jurutera muda, beliau meletakkan Porsche dalam dunia perlumbaan melalui model legenda seperti 917 dan melakar kejayaan dalam kejuaraan enduran Le Mans.

Sejak 1972, beliau membawa Audi ke aras baharu dalam bidang teknologi melalui beberapa inovasi seperti pacuan Quattro dan enjin TDI. Malah, ketika menyandang jawatan CEO, beliau mengangkat Audi sebagai jenama premium.

Sepanjang menerajui Volkswagen Group, Piëch memajukan lagi program globalisasi dengan menggabungkan Bentley, Lamborghini dan Bugatti dalam kumpulan sama. Beliau juga meningkatkan kepelbagaian jenama di  bawah Volkswagen Group ke tahap persaingan antarabangsa menerusi strategi platform konsisten.

BACA >>> Volkswagen T6.1 (2019), Van Komersial Versi Lebih Elegan dan Canggih!

Selain jenama eksotik dan kereta penumpang, Piëch turut membawa masuk jenama kenderaan berat, Scania dan MAN ke dalam kumpulan dan seterusnya meletakkan asas sebagai jenama automotif paling kompetitif dunia.

Jasa Piëch memang tidak terkira. Beliau bersama kakitangannya selalu berjaya mencapai sesuatu yang mustahil. Dari kereta pertama dengan enjin 1.0L hingga Bugatti Veyron berkuasa 1,001hp.

Perkara paling utama dibawakan Piëch adalah tentang kualiti dan kesempurnaan yang membawa kepada aspek perincian dalam dunia automotif. Inilah yang ditanamkan sebagai DNA Volkswagen. Apabila anda menggagumi Volkswagen, ingatlah di sebalik gergasi automobil itu adalah sentuhan Prof Dr Ferdinand Piëch.

BACA >>> Tentang Volkswagen Golf: 45 Tahun daripada Mk1 hingga Mk7, dan 35 Juta Jualan

Prof. Dr. Ferdinand Piëch
VW Golf GTI MK 1 (kiri) dan GTI MK 7
VW Golf GTI MK 1 (kiri) dan GTI MK 7
Porsche 917
Scania Trak_13
Audi R8 V10
SKODA Octavia RS
lamborghini-huracan-rwd-spyder-2
Arnt Bayer, CEO SDAP with new Cayenne GTS
Porsche Cayenne - Pandulaju.com

Related

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Dr Herbert Diess, Ferdinand Piëch, Kumpulan Volkswagen, Prof. Dr. Ferdinand Piëch, Volkswagen, Volkswagen Group, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev