• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Das WeltAuto 2019: Beli Kereta Terpakai Volkswagen di SCCC Sekarang! Siap Waranti!

Das WeltAuto 2019: Beli Kereta Terpakai Volkswagen di SCCC Sekarang! Siap Waranti!

August 30, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Das WeltAuto, iaitu program kenderaan terpakai global Volkswagen.

Dengan program ini, semua model dan jenama diterima untuk tujuan tukar beli (trade-in), dan pelanggan juga tidak perlu bimbang dengan kondisi model terpakai yang dijual kerana sudah menjalani pemeriksaan 133 poin daripada Das WeltAuto sendiri.

Proses pemeriksaan dilakukan dan disahkan Juruteknik Kanan Volkswagen. Malah, pelanggan Das WeltAuto akan menikmati lanjutan jaminan dan bantuan jalanan selama setahun, termasuk menikmati manfaat Volkswagen Care Plus untuk kenderaan Volkswagen yang berusia 5 tahun ke atas.

BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak 'Eksyen' Lebih Naa...

Bagi meyakinkan pelanggan, Das WeltAuto memberikan jaminan bahawa hanya alat ganti tulen digunakan pada kereta terpakai, dan setiap kereta yang dijual pula tidak pernah terbabit kemalangan. Malah turut didatangkan lengkap dengan bukti penyenggaraan di Pusat Servis Volkswagen sah.

Buat masa sekarang, program Das WeltAuto ditawarkan empat wakil pengedar Volkswagen di Malaysia, iaitu:

  • Volkswagen Puchong
  • Volkswagen Gombak
  • Volkswagen Alor Setar
  • Volkswagen Juru

Mereka yang berminat boleh melihat model yang ditawarkan menerusi laman web Das WeltAuto.

Das WeltAuto dilancarkan sempena acara tahunan Volkswagen Fest 2019 kali ke-3 yang berlangsung bermula 30 Ogos - 1 September ini di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), di Shah Alam.

BACA >>> Volkswagen Malaysia Buka Tempahan Arteon R-Line, Harga Bermula RM290k

GALERI
Das WeltAuto (2019)_1
Das WeltAuto (2019)_3
Das WeltAuto (2019)_4
Das WeltAuto (2019)_5
Das WeltAuto (2019)_6
Das WeltAuto (2019)_7
Das WeltAuto (2019)_8
Das WeltAuto (2019)_11
Das WeltAuto (2019)_12

Related

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Das WelAuto 2019, Das WeltAuto, Kereta terpakai, Passenger Cars Malaysia (VPCM), Preowned, Second-Hand, Volkswagen, Volkswagen Fest 2019, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev