Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Thailand Lancar Toyota Corolla Altis Serba Baharu 13 September Ini
Auto Terkini

Thailand Lancar Toyota Corolla Altis Serba Baharu 13 September Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini tersebar khabar Toyota Motor Thailand (TMT) akan memperkenalkan Toyota Corolla Altis serba baharu pada Ogos ini. Nampaknya jangkaan tersebut tersasar kerana TMT baru saja menyiarkan video acah terbaharu tentang sedan segmen-C itu yang disahkan akan dilancarkan pada tanggal 13 September depan.

Corolla Altis generasi ke-12 melakukan debut global pada November tahun lalu yang dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), GA-C. Sedan tersebut menampilkan dimensi yang dikemas kini dengan panjang 4,640mm, lebar 1,780mm dan tinggi 1,435mm.

BACA >>> Toyota Corolla (2020) Nightshade Edition – Edisi Khas Kemasan Hitam untuk Pasaran AS

Ini menjadikan sedan itu lebih panjang 10mm, lebih lebar 5mm dan lebih rendah 45mm, manakala jarak roda kekal tidak berubah, masih 2,700mm.

Bagi pasaran Thailand, Corolla Altis serba baharu akan tampil sama seperti rekabentuk Corrolla versi Eropah. Model Thailand ini akan ditawarkan dalam dua varian: 1.6L Dual VVT-i (132hp, 159Nm) dan 1.8L Dual VVT-i (140hp/173Nm), manakala Sistem transmisi menggunakan kotak gear manual 6-kelajuan dan CVT. Bagaimanapun, varian 1.8L cuma ada dalam transmisi CVT sahaja.

Juga bocor beberapa maklumat tentang ciri keselamatan Altis spesifikasi Thailand, iaitu 7 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Kawalan Traksi (TC).

BACA >>> 9 Fakta: Toyota Corolla Hatchback (2019) yang Perlu Anda Tahu

Altis serba baharu ini turut menawarkan ciri bantuan pemandu, Toyota Safety Sense yang terdiri daripada Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Sistem Bantuan Pemandu, Brek Pra-Perlanggaran Automati (PCB), Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng, dan Kawalan Jelajah Dinamik (DCC). Turut dipakejkan bersama ialah Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan sistem infotainment telematik, Toyota T-Connect.

BACA >>> Toyota Corolla (2019) Versi Sedan Ini Mungkin ke Malaysia Tahun Ini?

GALERI
altis Auto Terkini Sedan sedan segmen-C Toyota Toyota Altis Toyota Motor Thailand
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.