• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / RapidKL Perkenal Semula Bas Mini, Fasa Ujian Bermula 1 September-29 November

RapidKL Perkenal Semula Bas Mini, Fasa Ujian Bermula 1 September-29 November

August 29, 2019 By Han Othman Leave a Comment

327
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKHIDMATAN bas mini bakal diperkenalkan semula kepada warga kota Kuala Lumpur bermula bulan depan selepas hampir 21 tahun dihentikan operasi.

Kemunculan semula bas kompak yang mampu membawa 31 penumpang pada satu-satu masa itu akan diseliakan pengurusan RapidKL. Percubaan pertama akan akan bermula 1 September - 29 November ini dari hab Bukit Indah ke Ampang Pointm menerusi Jalan Rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij berkata, perkhidmatan baharu bas mini akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit sekali (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) bermula jam 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

“Ini sebahagian inisiatif Rapid Bus untuk memberikan perkhidmatan lebih baik dan kerap kepada penumpang kami,” katanya dalam kenyataan dipetik Bernama.

BACA >>> Motor Jipang 'Pantra' Jadi Trend Unik Penunggang Filipina

DUA BULAN TEMPOH UJIAN UNTUK RESPON PENGGUNA

Ujian perkhidmatan kira-kira dua bulan itu bertujuan mengkaji kesesuaian penggunaan bas mini di kawasan penempatan penduduk yang memiliki laluan jalan sempit, termasuk mendapatkan maklum balas pengguna tentang pengalaman menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Sekitar 1970-an hingga 1990-an, perkhidmatan bas mini, yang diperkenalkan pada 1975, adalah pemandangan biasa di ibu kota yang menjadi medium pengangkutan awam paling murah pada masa itu. Namun, ia ditamatkan perkhidmatan pada 1998 berikuta tindakan Kerajaan menstrukturkan semula perkhidmatan awam di ibu negara.

“Jika ada permintaan menggalakkan sepanjang perkhidmatan percubaan, kami akan menimbangkan untuk mengekalkan perkhidmatan di laluan ini dan mungkin diluaskan ke laluan lain pula,” kata Muhammad Yazurin.

BACA >>> Filipina Hasilkan Tren Elektrik Hibrid Pertama untuk Pengangkutan Awam Tempatan

RapidKL turut mengalu-alukan maklum balas pengguna mengenai perkhidmatan percubaan itu dengan menghubungi Rapid KL Helpline di talian 03-7885-2585 atau menghantar e-mel kepada [email protected].

SUMBER: Bernama

Related

327
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bas Mini, Muhammad Yazurin Sallij, pengangkutan awam, Perkhidmatan Bas Mini, Rapid Bus, Rapid Bus Sdn Bhd, RapidKL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev