• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Datuk Teksi: "Saya Mohon Maaf Kerana Label Anda Miskin"

Datuk Teksi: "Saya Mohon Maaf Kerana Label Anda Miskin"

August 28, 2019 By Aryon Leave a Comment

435
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKHIRNYA pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Indonesia atas kenyataan yang mencetuskan kemarahan rakyat negara itu, terutama penunggang ojek kerana menggelarkan pekerjaan tersebut sebagai kerja orang miskin.

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, semalam dipetik Bernama, Shamsubahrin mendakwa dihubungi banyak pihak menenai kenyataan pedasnya itu.

BACA >>> #SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Ambo Tak Setuju dengan Ojek...

"Hari ini saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana melabel anda miskin. Tetapi dalam masa sama saya juga memperingatkan negara kita, Kerajaan kita, sekiranya anda ingin membawa masuk Gojek ke Malaysia, dipersilakan, saya tiada masalah cuma keselamatan penumpang kena jaga baik-baik," katanya.

Menurutnya lagi, kenyataan tersebut dibuat hanya berdasarkan laporan media Indonesia mengenai taraf ekonomi penduduk Indonesia dan dia tiada niat mahu memburuk-burukkan atau menjatuhkan mereka.

Dalam satu video tular di media sosial, Shamsubahrin dirakamkan mengeluarkan kenyataan yang dianggap pemandu ojek Indonesia sebagai penghinaan kepada mereka. Kelmarin beberapa laporan media tempatan Indonesia memetik kenyataan Ketua Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono yang menegaskan akan mengemukakan surat bantahan kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar.

Menurut Igun, jika tiada permohonan maaf terbuka dibuat, satu demonstrasi akan dibuat, termasuk mengepung Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 3 September ini.

BACA >>> Survei: 56 Peratus Pembaca Tak Setuju 'Gojek', Mat Motor Berbelah Bahagi

“Ini negara miskin, kita negara kaya. Kalau Indonesia anak muda bagus, dia tak keluar, keluar negara untuk cari kerja. Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta,” menurut petikan video tersebut.

KOMEN KAMI

Padannnnnn!

Related

435
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Auto Terkini, Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail, GO-JEK, GoJek, Igun Wicaksono, Motosikal e-Hailing, Ojek

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev