• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / TGR Festival Musim ke-3 Panaskan Trek Kuala Terengganu 6 September Ini!

TGR Festival Musim ke-3 Panaskan Trek Kuala Terengganu 6 September Ini!

August 28, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

17
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


STADIUM Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu akan menjadi lokasi pembukaan acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival musim ketiga, pada 6-7 September ini.

Acara utama festival, Vios Challenge bakal membariskan lebih 40 pelumba selebriti, termasuk amatur dan profesional berentap atas trek jalanan sepanjang 1.65km menggunakan jentera utama, Vios.  Selepas Kuala Terengganu, yang juga memasuki tahun kedua penganjuran tahun ini, barisan pelumba akan bertandang pula ke Lembah Klang dan Johor untuk tiga lagi pusingan perlumbaan.

Saingan Vios Challenge, juga acara utama festival ini, memerlukan pelumba menamatkan empat pusingan membabitkan lapan perlumbaan yang terdiri daripada 40 peserta pelbagai kategori.

BACA >>> Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) Kini Musim ke-3, Tampil Ain Edruce dan Syafiq Kyle

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, TGR Festival dan Vios Challenge kini berkembang menjadi platform menarik buat pemandu muda mengasah bakat mereka dalam perlumbaan sebelum melangkah ke peringkat lebih tinggi.

"Contoh terbaik ialah Hayden Haikal yang berusia 15 tahun. Dia berjaya naik ke perlumbaan sedan dari go-kart dan bakal jadi pemandu paling muda pernah memenangi perlumbaan Vios Challenge," katanya.

BACA >>> Ramai Tak Sangka Lelaki Ini Jadi Pelumba Toyota untuk Berentap di Nürburgring

AIN EDRUCE, SYAFIQ KYLE JADI PELUMBA SELEBRITI BAHARU

Seramai 10 selebriti tempatan akan bersaing di pusingan Kuala Terengganu. Aktres wanita, Diana Danielle akan mendahului sebagai juara bertahan bersama artis lain seperti Shukri Yahaya, Shawn Lee, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali dan Wany Hasrita.

BACA >>> Fattah Amin Berlumba Toyota Vios Challenge Ogos Ini, dan Kaitan Artis dalam Trek

Musim ke-3 ini turut menampilkan dua pelumba selebriti baharu, Ain Edruce dan Syafiq Kyle (foto atas). Sementara itu, kategori Super Sporting pula bakal menyaksikan saingan sengit antara dua bekas juara, Boy Wong selaku juara bertahan musim kedua, dan Tengku Djan Ley sebagai juara musim pertama.

Tidak ketinggalan turut serta ialah William Ho yang menduduki tempat kedua untuk kedua-dua musim sebelum ini, dan Brendan Paul Anthony yang menduduki tempat ketiga keseluruhan musim lalu, serta Kenny Lee.

BACA >>> #PanduUji: Adakah Toyota Vios (2019) dengan Rupa Moden Masih Relevan?

Kepada peminat sukan pemotoran di Kuala Terengganu, ada banyak lagi aktiviti menarik dianjurkan seperti  pameran dan sesi pandu uji kereta baharu Toyota, aksi drift pemandu Jepun dibawakan Toyo Tires, cabaran simulator perlumbaan, permainan pentas dan persembahan selebriti, aktiviti promosi, cabutan bertuah, jualan cenderahati dan sesi bertemu peminat.

Ingat, masuk adalah PERCUMA!

GALERI

Related

17
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Festival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR), Perlumbaan, Ravindran K, TGR 2019, TGR Malaysia, TGR musim ke-3, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival, Toyota Vios, Toyota Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev