• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Fattah Amin Berlumba Toyota Vios Challenge Ogos Ini, dan Kaitan Artis dalam Trek

Fattah Amin Berlumba Toyota Vios Challenge Ogos Ini, dan Kaitan Artis dalam Trek

May 19, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEBRITI tempatan, Fattah Amin (yang baru menang Artis Paling Popular) dan Shukri Yahaya, termasuk rakan artis lain bakal menyertai perlumbaan Toyota Vios Challenge pada Ogos depan. Kini semua merea sedang gigih berlatih dan belajar teknik-teknik berlumba.

Sebelum itu, kecoh juga komen-komen kalangan netizen media sosial yang membangkitkan persoalan kenapa mahu menggunakan selebriti pelakon atau penyanyi?

#Repost @toyotagazooracingmalaysia with @repostapp ・・・ Mulai hari ini, Abe ni boleh di panggil Flying Fattah. Terpantas pada hari ke-4 Racing School. @fattahaminz #gazooracingmalaysia #vioschallenge #toyotamalaysia #allaboutthedrive

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on May 8, 2017 at 6:47am PDT

ARTIS DAN PERLUMBAAN

Sebenarnya golongan artis sudah lama terlibat dalam dunia perlumbaan. Paling menggamit kenangan silam ialah detik Awie dan Proton Saga berlumba di litar Batu 3 Shah Alam, manakala selebriti masa kini ialah Zizan Rizak dan Faye Kusairi yang juga pernah berlumba dengan selebriti sukan permotoran drift berstatus antarabangsa, Tengku Djan.

Malah, Proton sendiri pernah menganjurkan perlumbaan One Make Series Satria GTi yang membabitkan golongan selebriti tidak lama dahulu.

MICHAEL FASSBENDER SERTAI FERRARI CHALLENGE

Di peringkat antarabangsa, ada ramai artis yang memang terlibat dalam sukan permotoran. Terkini, aktor Ireland kelahiran Jerman, Michael Fassbender, pernah melakonkan watak Steve Jobs dalam filem berjudul sama, dilaporkan mengambil bahagian dalam perlumbaan pusingan pertama Ferrari Challenge: Troferi Pirelli Amerika Utara 2017.

Fassbender yang turut membintangi filem Hollywood lain seperti Alien: Covenant, Twelve Years a Slave dan Assassins’ Creed diketahui umum sebagai peminat sejati Ferrari dan Formula Satu (F1), serta pernah menjalani program memandu khas, Corso Pilota anjuran Ferrari pada tahun lalu.

Ferrari ialah simbol dunia perlumbaan. Latihan daripada pengeluar ini memberikan saya asas yang bagus dalam mengasah kemahiran memandu kereta lumba 488 Challenge.

"Sebelum ini lagi saya sudah mengagumi Ferrari dan juaranya, Michael Schumacher. Penglibatan saya dalam Ferrari Challenge ini menyempurnakan impian saya."

-  MICHAEL FASSBENDER, aktor Hollywood.

Ferrari Challenge: Troferi Pirelli ialah perlumbaan khas model Ferrari khusus buat pemilik supercar itu yang mahu membabitkan diri dalam sukan permotoran dan perlumbaan ini sudah diadakan sejak 1993. Ferrari Challenge: Troferi Pirelli berlangsung di tiga lokasi utama dunia iaitu Eropah, Asia dan Amerika Utara.

KREDIT FOTO: Instagram Fattah Amin

Artikel Berkaitan

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aktor Hollywood, Auto Terkini, Fattah Amin, Ferrari, Michael Fassbender, selebriti dan dunia permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my