• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton R3 Cari Pelumba Wanita, Pasukan Lumba untuk Dilatih Bawah Program Mentor

Proton R3 Cari Pelumba Wanita, Pasukan Lumba untuk Dilatih Bawah Program Mentor

August 22, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN Proton R3 melancarkan program mentor dan pencarian pelumba wanita untuk pasukan lumba yang bakal berentap dalam siri Malaysia Speed Festival (MSF). Program dengan kerjasama MSF itu bermatlamat membangunkan sukan permotoran di peringkat akar umbi dan memanfaatkan pengalaman pasukan R3 dalam perlumbaan.

Dengan pengalaman 15 tahun dan meraih pelbagai kejayaan, pasukan R3 berharap dapat berkongsi ilmu melalui dua program tersebut. Tujuannya adalah membolehkan pemandu dan pasukan lumba Malaysia didedahkan dengan akses pengetahuan pelbagai maklumat, pengurusan dan teknik pembangunan kereta, sekali gus membantu meningkatkan prestasi pasukan.

BACA >>> Legasi Proton Satria R3 dalam Kenangan, Bukti Pencapaian Automotif Tempatan

Program ini dilihat sebagai landasan terbaik dalam usaha mencari pelumba wanita berbakat dan membuka ruang mengembangkan karier mereka dalam bidang yang didominasikan lelaki. Proton dan R3 juga mahu mengubah naratif tersebut dengan memberikan pemandu wanita peluang untuk menyerlah dalam sukan permotoran.

Tiga daripada sembilan peserta akan diberi peluang mengembangkan kerjaya sebagai pelumba dan bersaing dalam kejuaraan S1K (2019) dengan memandu jentera dibangunkan Proton R3. Pemilihan pula dibuat berdasarkan prestasi menerusi siri aktiviti memandu dalam dan luar trek selain menilai tahap disiplin, kerja berpasukan dan komitmen serta kemahiran kawalan stereng.

BACA >>> Proton R3 Juara Perlumbaan Enduran 1,000km di Sepang, Atasi 28 Pelumba Lain!

Berikut senarai peserta Pencarian Pelumba Wanita MSF-R3:

  • Ng Aik Sha
  • Samanda Lee
  • Nurul Husna Nasharuddin
  • Nursharina Nor Ramlle
  • Dayangku Faratiwan Adnil
  • Rozana Rahmat
  • Umi Nasirah Sulaiman
  • Zaidah Mohd Ishak
  • Nor Azirah Mohd Azhar

PROGRAM MENTOR

Bagi program mentor, pemandu dan pasukan yang terpilih bersaing dalam perlumbaan MSF SuperTurismo akan memandu kereta Proton dengan dibantu staf Proton R3 untuk tiga acara perlumbaan tahun ini. Walaupun setiap pasukan perlu melakukan persiapan sendiri, pasukan R3 akan menyediakan ilmu teknikal kepada pasukan sebelum dan ketika perlumbaan supata prestasi dapat dipertingkat.

BACA >>> Teaser Proton Saga Baharu Dengan Bodykit R3 Oleh Ajerul Antoine

Pemandu dan pasukan terpilih untuk pelumba Program Mentor MSF-R3 ialah:

  • Mohd Hafiz Saad #248
  • Nik Shahrul Fadli Nik Mansor #141
  • Alban Raymond De Sauza #16
  • Muhammad Faishal Bin Othman #180
  • Md. Shah Hashim #387

Related

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kereta proton, Ladies Racers Search, Ladies Racers Search & Mentor Program, MSF, Pasukan Proton R3, Proton, Proton R3, sukan perlumbaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev