• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Yamaha Thailand Tayang Tiga Model XSR 155 Versi Kustom, Bukan untuk Dijual!

Yamaha Thailand Tayang Tiga Model XSR 155 Versi Kustom, Bukan untuk Dijual!

August 21, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

529
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERSAMA pelancaran Yamaha XSR 155 di Thailand, wakil pengedar rasmi jenama itu turut mempamerkan tiga versi kustom model itu dalam rupa café racer, scrambler dan tracker. Ketiga-tiga model mendapat sentuhan modifikasi kosmetik yang cukup ketara.

1. XSR 155 CAFE RACER

Keseluruhan badan XSR 155 Café Racer disemburkan cat perak kusam dengan kemasan krom bagi menyerlahkan imej oldskool. Rupa depan pula menampilkan rekabentuk fairing gaya café racer klasik, manakala ciri aerodinamik ditingkatkan menerusi penggunaan bar hendal clip-on rendah.

Tangki minyak sedikit berlekuk dan dipadankan dengan penutup tangki krom untuk imej retro.  Pelana pembonceng ditanggalkan dan digantikan kowl untuk tunggangan solo. Bahagian kowl diubah suai untuk menempatkan lampu belakang baharu dan lampu signal belok.

BACA >>> Yamaha XSR 155 Khas Buat Peminat Retro Klasik Lancar di Thailand, Harga RM12k

Pelana disulam bentuk berlian untuk imej premium dengan ekzos kontot untuk imej sisi minimalis. Akhir sekali rim aloi dikromkan dan dibalut tayar slik untuk penampilan sporty.

2. XSR 155 SCRAMBLER

XSR 155 Scrambler dibangunkan untuk gaya tunggangan lebih lasak. Jadi, model ini dipasangkan set fender dan ekzos lebih tinggi. Lampu utama masih mengekalkan bentuk bulat, tetapi dikompakkan. Imej ranggi diserlahkan dengan grafik bunga tayar pada tangki minyak, dan penutup tangki dikromkan untuk menambah nilai retro.

Pelana coklat memberikan imej kontras menawan. Peg kaki pembonceng ditanggalkan, manakala fender belakang kustom dipadankan dengan lampu belakang aftermarket. Tayar dadu digunakan untuk mendapat cengkaman lebih baik di laluan off-road. Enjin dilindungi plat aluminium dan bar besi.

BACA >>> Selepas XSR 155, Yamaha Siapkan Pula Versi 250cc, Guna Platform, Enjin R25?

3. XSR 155 TRACKER

XSR 155 Tracker tidak didatangkan dengan lampu utama/belakang dan lampu signal belok. Sebaliknya dipasangkan plat nombor lumba rata pada bahagian lampu utama. Bar pelindung jari dipasangkanpada grip tangan, manakala sisi tangki minyak direka rata dengan penutup tangki kompak.

Panel pelana turut mempamer nombor lumba. Fender depan dibuang dan tayar standard ditukarkan saiz lebih lebar dengan tayar trek. Model ini juga menerima paip ekzos kembar twin-pod.

BACA >>> 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia

Ketiga-tiga model kustom XSR 155 di atas masih mengekalkan komponen asal seperti fork teleskopik (depan), monoshock (belakang) dan brek cakera. Sistem brek pula menggunakan khidmat jenama Brembo.

Related

529
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), roda2, Yamaha, Yamaha Thailand, Yamaha XSR 155, Yamaha XSR 155 Cafe Racer, Yamaha XSR 155 Scrambler, Yamaha XSR 155 Tracker

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my