• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sumber: Lambretta V125, V200 Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini

Sumber: Lambretta V125, V200 Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini

August 20, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

619
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KHABAR tentang kedatangan Lambretta ke pasaran Malaysia bertiup kencang sejak awal tahun ini. Perbincangan antara pengedar Malaysia dan pengeluar skuter jenama Itali itu dikatakan masih di peringkat awal dan tiada sebarang kata putus dicapai.

Berita ini pula dipetik daripada laporan portal automotif Bahasa Inggeris tempatan. Selepas lebih setahun isu tersebut sunyi, Lambretta dikatakan akan mula menjengah pasaran Malaysia menerusi pengenalan dua model skuter sesaran kecil: V125 dan V200.

Kehadiran V125 dan V200 pasti akan memeriahkan lagi pasaran skuter premium tempatan selain Vespa. Bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini, kedua-dua model tersebut kini sudah berada di pasaran negara jiran, Thailand yang dibawakan Dynamic Motor, Disember lalu.

Dilancarkan di Itali pada Jun 2018, dua model itu berbeza dari segi sesaran enjin.

BACA >>> Skuter Roda Tinggi Kymco Tersely S125 dan S150 Lancar di Jepun, Oktober Depan

Lambretta V125 dijana enjin  silinder tunggal 124.7cc penyejukan udara berkuasa 10hp @ 8,500rpm dan tork 9.2Nm @ 7,000rpm. V200 pula dilengkapi enjin 169cc berkuasa 11.8hp @ 8,000rpm dan tork 12.2Nm @ 5,500rpm. Kedua-dua model menggunakan transmisi CVT.

Dari segi dimensi, dua skuter itu berkongsi casis sama dengan panjang 1,890mm, lebar 694mm, tinggi 1,115mm, jarak roda 1,340mm dan tinggi pelana 800mm. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik untuk roda depan, dan monoshock (belakang).

Rim bersaiz 12 inci dengan saiz tayar 110/70 (depan) dan 120/70 (belakang), manakala perbezaan V200 paling ketara ialah ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dilengkapi. Antara ciri standard lain diperkenalkan ialah sistem lampu LED, pengecas USB dan penghidup elektrik.

BACA >>> #EICMA2018: Lambretta Tayang Skuter Versi Lumba - V50 Special dan V125 Special

Lambretta V 125:200_4
Lambretta V 125:200_5
Lambretta V 125:200_7

Difahamkan kedua-dua motosikal tersebut sedang menjalani ujian enduran sejauh 20,000km. Berapakah harga model berkenaan apabila sampai ke pelabuhan Malaysia?. Indikator harga tentu tidak banyak berbeza dengan versi Thailand, iaitu V200 (RM12,660) dan V125 (RM11,060).

BACA >>> Yamaha Nozza Grande 125 - Skuter Hibrid Enjin Kecil untuk Ekstra Jimat Kini di Vietnam

GALERI

Related

619
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Lambretta, Lambretta V-Special, Lambretta V125, Lambretta V200, Lambretta V200 Special, roda2, skuter, Vespa

Comments

  1. Tong Se Pam says

    March 7, 2023 at 6:43 AM

    Bilakah agaknya Lambretta akan masuk Malaysia?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev