• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Majoriti Setuju Hasrat Syed Saddiq Mahu Perkenal Perkhidmatan Teksi Motor di Malaysia

Majoriti Setuju Hasrat Syed Saddiq Mahu Perkenal Perkhidmatan Teksi Motor di Malaysia

August 19, 2019 By Aryon Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN mungkin memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal (dipanggil ojek di Indonesia) untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda, atau lebih spesifik 'mat motor' negara ini selain menambah alternatif pengangkutan awam dalam bandar.

Hasrat itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan memuat naik tinjauan pendapat di akaun Twitter miliknya yang meminta respons golongan muda mengenai perkhidmatan tersebut. Setakat ini apa yang ditawarkan syarikat start-up di Malaysia untuk mat motor ialah servis penghantaran makanan dan barangan.

Menariknya, setakat artikel ini ditulis, sebanyak 88 peratus responden bersetuju dengan idea tersebut. Anda mungkin boleh membuat undian sama.

BACA >>> Teksi Motosikal - Dego RIDE Diarah Tutup, Tiada Lesen Operasi

Anak muda Malaysia,
Saya perlukan suara anda.

Untuk membantu golongan mat motor, adakah anda bersetuju dengan ekonomi GoJek (2-wheel transport for people/makanan/Smal businesses)?

Di Thailand/Singapore, kurang setahun, ratusan ribu peluang pekerjaan baru tercipta.

(Pls RT)

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 18, 2019

Menurut Syed Saddiq, mod pengangkutan baharu itu dapat membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal untuk bekerja dan menjana pendapatan. Malah, perkhidmatan menggunakan aplikasi mobil ini sudah berjaya di negara jiran seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Indonesia.

BACA >>> #SembangDeras: Tidak untuk Teksi Motor! Kerajaan Lepaskan Peluang Kerja Buat Rakyat?


PENDAPAT KAMI

Sepintas lalu kami memang bersetuju dengan idea tuan muda Menteri kita. Dan perkhidmatan seperti itu sudah pernah diperkenalkan syarikat start-up tempatan, Dego Ride, tetapi diarahkan tutup kerana tiada lesen sah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Malah, Kerajaan baharu menerusi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook turut mengulangi pendirian sama bahawa teksi motosikal tidak akan dibenarkan beroperasi di Malaysia

Cuma yang menjadi kebimbangan adalah aspek keselamatan yang bukan saja tentang risiko kemalangan, tetapi juga potensi jenayah yang mungkin berlaku. Namun, Malaysia bukan negara pertama dan kita sebenarnya sudah pun boleh membuat kajian perbandingan dengan negara jiran lain.

Apa kata anda?

BACA >>> #Videotomotif: Penunggang, Pembonceng GrabBike Berdekah Ketawa Kerana Wajah Sama

Related

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Auto Terkini, GoJek, Grab Bike, Menteri Belia dan Sukan, Ojek, roda2, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Teksi Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev