BELUM pun sampai sebulan di pasaran, pelbagai versi modifikasi sudah dilakukan pemilik Honda Winner X di Vietnam. Model dipaparkan kali ini dibikin sebuah bengkel di bandar Saigon yanga katanya menelan belanja bernilai lebih 50 juta dong (RM9,040).
Modifikasi dilakukan melibatkan penggunaan alat ganti dan aksesori berjenama tanpa mengubah rupa asal kapcai tersebut. Menurut bengkel itu, tuan punya Winner X tersebut baru saja dapat nombor plat, tetapi dengan bersahaja menghantar motosikal baharunya itu untuk dibikin.
BACA >>> Inilah Senarai Harga 5 Alat Ganti Honda Winner X yang Paling Mahal
Di depan, kaliper brek digantikan dengan barangan Brembo 4-piston, dan digabungkan dengan kabel aluminium CNC. Memandang Winner X ini adalah varian bukan ABS, jadi kerja menukar brek lebih mudah dan ringkas.
Set brek menggunakan unit brek master Brembo RCS19, dan CRG Carbon dengan tabung minyak brek CNC smoke jenama Brembo. Grip hendal digantikan dengan produk Rizoma.
BACA >>> #BikinMotor: Lagi Honda Winner X Dibikin, Ada 'Killer Switch' dan Sistem Kunci Pintar!
Sistem brek belakang ditukar sepenuhnya dengan kaliper brek Brembo simetrikal yang dihubungkan kepada brek cakera Galfer Spain menerusi kabel aluminium CNC. Minyak brek untuk sistem brek belakang dikawal regulator Brembo Titan, kabel aluminium CNC, tiub transparen Tygon dan tabung minyak Brembo. Sebelum sampai ke kaliper brek, ia disalurkan menerusi tiub penyambung Hel.
Absorber belakang ialah komponen yang bertanggungjawab menetapkan profil tinggi sesebuah motosikal. Tidak selesa dengan barang standard, tuan punya Winner X ini memilih memasang absorber Öhlins jenis tabung minyak untuk kapcainya itu. Bagi menyerlahkan lagi rupa luaran, seluruh badan disembur warna ungu jenis Titanium Grade 5.
Seperti dimaklumkan dalam mukadimah di atas, kos ubah suai Winner X ini ialah 50 juta dong (RM9,040), sama harga dengan harga sebuah lagi Winner X baharu. Wow!
BACA >>> Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini Lebih Murah daripada Harga Cadangan
GALERI
Leave a Reply