• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda MX-5 RF (2019) Versi Kemas Kini Sudah Ada di Malaysia, Harga Bermula RM259k

Mazda MX-5 RF (2019) Versi Kemas Kini Sudah Ada di Malaysia, Harga Bermula RM259k

August 5, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

422
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA MX-5 diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2015. Selepas empat tahun, kini sudah tiba masa model konvertibel itu melalui kitaran produk supaya tampil lebih segar dan relevan.

Terkini, Mazda MX-5 RF versi bumbung keras tampil dengan kemas kini terbaharu yang didatangkan dengan tambahan ciri dan enjin lebih baik.

Model sport itu kini dilengkapkan unit infotainment dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto sebagai ciri standard yang boleh diakses menerusi sistem konektiviti MazdaConnect. Pengguna kini boleh menggunakan aplikasi mobil popular masa kini seperti Waze, Google Maps, Spotify dan lain-lain secara langsung menerusi skrin infotainment di tengah papan pemuka.

Enjin 2.0L Skyactiv-G kini ditambah baik dengan menawarkan output kuasa 181hp dan tork 205Nm, iaitu penambahan 23hp dan tork 5Nm untuk prestasi lebih pantas dan responsif.  Kemas kini lain ialah rim aloi 17-inci hitam metalik dan stereng teleskopik (travel 42mm).

BACA >>> PREVIU: Mazda MX-5 Roadster (2015)

MX-5 RF spesifikasi Malaysia ini ialah model import (CBU) sepenuhnya dari Jepun dan ditawarkan dalam dua pilihan transmisi Skyactiv Drive: manual (MT) 6-kelajuan atau automatik (AT) 6-kelajuan.

Ada empat warna untuk dipilih: Soul Red Crystal (merah), Machine Grey (kelabu), Jet Black (hitam) dan Snowflake White Pearl (putih). Harga ditawarkan pula ialah:

  • MX-5 TF (AT) - RM260,354
  • MX-5 RF (MT) - RM259,154

Semua model Mazda dipakejkan bersama 5 tahun waranti kilang, berserta 5 tahun servis percuma (kecuali Mazda BT-50), dan had perbatuan 100,000km (mana satu tiba terdahulu).

BACA>>>Prototaip Mazda MX-5 Miata (2019) Versi JDM Dipandu Uji, Enjin Lebih Berkuasa

GALERI

SUMBER: MazdaMalaysia

Related

422
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2016 Mazda MX-5, Auto Terkini, bermaz Motor, Kereta Sport, Mazda Malaysia, Mazda MX-5, Mazda MX-5 RF (2019), roadster, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev