• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Mazda MX-5 Roadster (2015)

PREVIU: Mazda MX-5 Roadster (2015)

August 24, 2015 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

Mazda MX-5 Roadster

KESINAMBUNGAN teknologi Skyactiv diteruskan lagi menerusi pengenalan Mazda MX-5 Roadster dengan menampilkan rekabentuk yang maskulin dan mengiurkan.

Sedia maklum, pengenalan teknologi Skyactiv nyata berjaya mengubah hala tuju Mazda ke tahap lebih tinggi.

Mazda_MX5_pandulajudotcom_17Tetapi apa itu teknologi Skyactiv? Skyactiv secara ringkasnya adalah penyelesaian terhadap keperluan pengguna yang mahukan kenderaan jimat minyak dan mesra alam dan penting sekali, tidak berkrompromi dalam aspek keselamatan, prestasi dan pemanduan.

Jadi, Skyactiv meliputi semua aspek kenderaan seperti enjin, transmisi, kerangka dan casis. Semua komponen tersebut direka agar lebih ringan, cekap dan melakukan kerjasama jitu.

HARGA: (Termasuk GST, insurans dan cukai jalan)

  • Mazda MX-5 Roadster - RM226,376.30

JAMINAN:

Sama seperti varian Mazda yang lain, MX-5 Roadster hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau 100,000km had perbatuan. Selain itu, Mazda turut menikmati pakej penyelenggarasan percuma selama tiga tahiun atau 60,000km (mana-mana tiba dahulu).

Mazda_MX5_pandulajudotcom_05

PRESTASI:

Buat masa ini, Bermaz Motor hanya membawa varian transmisi automatik. Bagi MX-5 versi manual pula, kami dimaklumkan akan dibawa masuk tidak lama lagi memandangkan ia menerima permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

Aspek pretasi, model legenda ikonik ini dijana unit enjin Skyactiv-G 4-silinder bersesaran 2.0L. Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 158hp pada 6,000rpm dan tork puncak 200Nm (4,000rpm).

LUARAN:

Lihat keseluruhan tubuh badan MX-5 Roadster, ia cuba mencetuskan emosi dan keseronokan pemanduan menerusi falsafah ‘KODO Soul of Motion’ yang menggabungkan tiga prinsip asas rekaan, iaitu kelajuan, ketegangan dan kehalusan.

Dari depan, rekaan gril latar hitam meningkatkan impak anggun dan penuh gaya. Ia memiliki fizikal agresif, seksi dan elegan berserta teknologi baru.

Sosok seksi Mazda2 mampu membuatkan mereka yang pertama kali melihat jadi tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Malah, bukan saja cantik dipandang, tetapi juga berprestasi mantap. Bumbung pula boleh dibuka hanya menekan butang dan mudah dikendalikan.

Mazda_MX5_pandulajudotcom_09DALAMAN:

Rekaan dalam tidak kurang hebatnya sama seperti model Mazda sedia ada.Ia hadir bersama sistem audio MZD Connet dengan skrin sesentuh 7-inci bersama sembilan pembesar suara jenama Bose.

Pemandu turut boleh mengawal sistem audio menerusi tombol di bahagian tengah dan ia mudah untuk dikendalikan. Antara ciri lain adalah kerusi dibaluti kulit, kamera undur, sistem penghawa dingin automatik, i-Stop dan i-Eloop.

Rasa tak sabar pula nak pandu uji model terbaharu Mazda ini. Harap-harap adalah unit pandu uji nanti. Dapatlah melaram bawa awek pulang ke kampung jumpa bakal mak mertua.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: bermaz Motor, Bose, i-Eloop, i-Stop, KODO, Mazda MX-5 Roadster, MZS Connet, Pandu uji, skyactiv

Comments

  1. Jaini Ahmad says

    March 29, 2016 at 12:56 PM

    Boleh tahu harga pasaran

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
    YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my