• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prototaip Mazda MX-5 Miata (2019) Versi JDM Dipandu Uji, Enjin Lebih Berkuasa

Prototaip Mazda MX-5 Miata (2019) Versi JDM Dipandu Uji, Enjin Lebih Berkuasa

June 12, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA Mac lalu pernah dilaporkan Mazda MX-5 Miata (2019) dijangka tampil lebih berkuasa, dan terbaharu perincian mengenai roadster itu didedahkan dengan enjin dinaik taraf.

Berita mengenai Miata versi dipertingkat itu disahkan pasukan portal permotoran Jepun, CarWatch yang baru-baru ini berpeluang memandu uji Miata (2019) spesifikasi Jepun. Model 4-silinder 2.0L itu akan menerima beberapa penambahbaikan, termasuk spring injap berbeza, piston dan rod penyambung lebih ringan dan badan terotel besar yang membantu model ini meningkatkan garis merah daripada 6,800rpm (2018) kepada 7,500rpm.

Kuasa kuda dihasilkan turut dipertingkat daripada 167hp kepada 181hp, termasuk flywheel dwi-jisim dan mufler baharu dengan bunyi ekzos tersendiri.

Perubahan kecil lain diperkenalkan ialah roda stereng teleskopik (pertama untuk Miata) dan opsyen dalaman dan luaran baharu. Namun itu mungkin untuk versi pasaran domestik Jepun (JDM) sahaja. Bagi pasaran negara seberang laut mungkin berbeza.

SUMBER: CarWatch

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Car Watch, JDM, mazda, Mazda MX-5 Miata (2019), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my