PROTON sebentar tadi melancarkan Saga (2019) versi dipertingkat (facelift) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking, dan turut dihadiri Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Mohammad Zainal Shaari, Penegrusi Proton Datuk Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dan Timbalan CEO Proton, Datuk Radzaif Mohamed.
Saga (2019) menampilkan gaya baharu, kotak gear automatik 4-kelajuan baharu dan ciri pintar terbaik dalam kelas yang bukan saja mampu menyaingi pesaing lain dalam segmen sedan segmen-A, tetapi juga meninggikan nilai model ini.
BACA >>> Selepas Lebih 3 Tahun, Proton Rampas Semula Takhta Kedua Pengeluar Terlaris Malaysia
Ada tiga kriteria utama cuba dibangkitkan Proton menerusi Saga (2019), bersesuaian slogan diketengahkan - 'An Intelligent Proposition' (Satu Saranan Pintar), iaitu gaya terbaik, penjimatan pintar dan kestabilan hebat. Ini bertepatan dengan legasi dimiliki Saga sejak 34 tahun lalu yang melakui pelbagai perubahan signifikan sebagai model ikonik Proton.
Berikut beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu tentang Proton Saga (2019):
1. ADA 3 VARIAN, HARGA SERENDAH RM33K, 5 WARNA
Proton Saga (2019) didatangkan dalam tiga varian dengan harga seperti berikut:
- Standard MT - RM32,800
- Standard AT - RM35,800
- Premium AT - RM39,800
Warna pula ada 5 pilihan: Jet Grey (kelabu), Snow White (putih), Ruby Red (merah), Armour Silver (perak), dan Rosewood Maroon (ungu gelap).
2. GRIL 'INFINITE WEAVE' + LAMPU SIANG (DRL) LED
Rekabentuk luaran Saga (2019) diberikan nafas baharu. Perubahan rupa depan paling ketara ialah lampu siang (DRL) LED di penjuru bampar dan gril corak 'Infinite Weave' yang kali pertama diperkenalkan pada X70, sebelum turut dijadikan paten gril Iriz dan Persona baharu. Juga ada panel krom yang melintang sepanjang bawah gril.
3. REKABENTUK BELAKANG SPORTY
Rekabentuk bampar belakang juga tampil lebih elegan dan sporty menerusi spoiler atas but dan perkataan 'P R O T O N' yang disusun sepanjang pintu but. Rekaan lampu belakang masih sama, tetapi bampar diperbaharui. Kali ni ada ventilator udara di sisi bampar dan kemasan krom pada difuser bawah bampar yang memberikan visual lebih lebar.
Tiada lagi slot kunci but. Kali ini dibuka guna kawalan jauh sahaja!
4. REKABENTUK RIM SPORT BAHARU
Saga (2019) varian Premium diberikan rim aloi 15 inci dua tona rekaan baharu dengan corak akan kelopak bunga (bunga raya?). Lebih ringkas, tetapi menarik! Lekuk dan garis sisi badan pula masih sama seperti model terdahulu.
5. KABIN DIPERBAHARUI - UNIT INFOTAINMENT 7 INCI JENIS APUNG
Perubahan paling ketara pada ruang kabin Saga (2019) ialah unit infotainment skrin sentuh 7 inci jenis apung untuk varian Premium yang dipakejkan bersama sambungan wayarles Bluetooth, storan dalaman 16GB dan konektiviti telefon pintar untuk sistem operasi (OS) Android.
Perubahan lain ialah kemasan upholsteri baharu untuk kerusi, konsol tengah baharu, paparan meter kombi baharu dengan ciri pemandu efisien menerusi Eco Drive Assist dan tiga palam USB. Ada visor matahari (sun visor) dengan pemegang tiket berserta cermin, lampu ambien (depan lampu baca) LED di siling yang kini diubah ke depan, bukan lagi di tengah.
6. KOTAK GEAR AUTO BAHARU, TIADA LAGI CVT!
Aspek mekanikal pula, perubahan besar dilakukan Proton ialah menukar kotak gear CVT Saga (2019) kepada transmisi automatik 4-kelajuan baharu. Katanya, menggunakan transmisi Hyundai Power Tech jenis konvensional. Jurutera Proton turut menambah baik prestasi brek dan tahap kesenyapan (NVH) kabin, termasuk aspek keseimbangan pengendalian dan ciri keselamatan.
Sistem brek kini menggunakan komponen sama seperti Iriz dan Persona, iaitu saiz brek cakera yang lebih besar, manakala penggunaan transmisi automatik 4-kelajuan baharu memberikan pemandu kawalan manual gear yang lebih baik untuk pemanduan menyeronokkan.
Sebelum terlupa, ada juga mod Sport.
BACA >>> Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini
7. TAMBAHAN CIRI KESELAMATAN BAHARU - ESC + TCS
Ciri keselamatan Saga (2019) dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) untuk semua varian, termasuk dua beg udara di depan, sensor parkir dan poin cagakan kerusi kanak-kanak ISOFIX dengan pautan atas.
Jika membeli varian Premium, pembeli diberikan ciri Bantuan Pegun Bukit (HHA), sensor parkir depan, kamera undur dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS). Menariknya, tambahan ESC dan TCS menjadikan Saga (2019) sebagai satu-satunya kereta di bawah RM40,000 yang memiliki ciri keselamatan tersebut di Malaysia.
8. PAKEJ 'NILAI EKSTRA' UNTUK SETIAP BELIAN
Sama seperti X70, Iriz, Persona dan Exora, setiap pembelian Saga (2019) ditawarkan dengan pakej Nilai Ekstra, terdiri daripada tiga pakej standard, iaitu:
- Pakej Servis - Percuma 3x kos upah buruh, atau untuk setahun.
- Pakej Kadar Faedah - Kadar pembiayaan pinjaman kenderaan serendah 2.98 peratus setahun.
- Pakej Insurans - Manfaat insurans untuk kereta baharu jika mengambil insurans menerusi panel Proton.
Jika digabungkan pengurangan harga bersama nilai tambahan untuk ciri baharu yang diperkenalkan setiap varian Saga (2019), pembeli Saga 1.3L Premium AT mendapat nilai tambahan berjumlah RM3,747 berbanding varian terdahulu, manakala Saga 1.3L Standard AT (RM2,043), dan Saga 1.3L Standard MT (RM2,291).
Memang berbaloi!
BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?
Rohaizat Bin Abdul Raub says
Fuel consumption mcm mana?
Jamil says
Nak tanya kalu sy tret in kereta kancil 2003 mata bulat..untuk ambik saga baru tu boleh ke?
Zulkafli says
Nak tanya dari segi pengunaan minyak adakan lebih baik dari perodua Bezza