• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Y15ZR, NVX Edisi Doxou untuk Pasaran Malaysia Lancar Ahad ini?

Yamaha Y15ZR, NVX Edisi Doxou untuk Pasaran Malaysia Lancar Ahad ini?

August 1, 2019 By Aryon Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) pada Ahad ini akan menganjurkan Karnival Gen Blu Yamaha di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS). Ada pelbagai acara dan aktiviti menarik boleh disaksikan sepanjang karnival tersebut seperti:

  • Aksi lagak ngeri freestyler
  • Cabutan bertuah
  • Demonstrasi NVX Challenge
  • Konsert Faizal Tahir
  • Diskaun 50 peratus untuk barangan terpilih
  • Permainan simulator
  • Peraduan motosikal kustom
  • Permainan fun fair
  • Tunggang uji

Paling dinanti-nanti, HLYM bakal melancarkan model baharu yang disebut sebagai Yamaha Doxou. Namun, tidak diketahui model apakah yang akan di-Doxou-kan. Mungkinkah Y15ZR atau NVX yang terlebih dahulu diperkenalkan di Vietnam dan Indonesia? Mungkinkah kedua-duanya diperkenalkan serentak?

BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Aerox 155 dan MX King 150 Edisi Doxou Berkonsepkan Sakura

Perkataan Doxou diambil daripada Bahasa Jepun, 'Dokusou' yang bermaksud 'keaslian dalam karya'.

Dengan konsep 'PLAY-MIUM' (Playful & Premium), dua model versi Doxou itu tampil dengan kombinasi warna Matte Blue (biru kusam) dan Sakura Copper (perang) yang menggambarkan inovasi dan trend golongan muda.

YAMAHA MX KING 150 DOXOU VERSION
YAMAHA AEROX 155 DOXOU VERSION

Warna Matte Blue lebih dominan pada badan motor, manakala warna khas, Sakura Copper diilhamkan daripada model motosikal Yamaha bertemakan Sakura yang pernah dipamerkan di Pameran Motor Tokyo. Kedua-dua model itu nampak menarik dengan grafik pinstrip atau jalur halus pada tayar depan dan belakang. Pelana dijahit dengan sulaman benang biru bentuk Y.

BACA >>> 100 Unit Yamaha Y15ZR Edisi Ultraman Sedia untuk Ditempah, Cepat Sebelum Habis!

Berikut harga Y15ZR dan NVX edisi Doxou untuk pasaran Indonesia dan Vietnam:

INDONESIA

  • MX King 150 Doxou Version - Rp23,530,000 (RM6,920)
  • Aerox 155 VVA S Doxou Version - Rp27,775,000 (RM8,170)

VIETNAM

  • Exciter 150 Doxou Version - 47.99 juta dong (RM8,570)
  • NVX 155 Doxou Version - 52.74 juta dong (RM9,410)

Harga Indonesia jauh lebih murah daripada Vietnam. Namun jika mahu dibuat perbandingan, harga Y15ZR dan NVX lebih hampir kepada model Yamaha Vietnam.

Sebagai makluman, harga cadangan untuk Y15ZR edisi biasa di Malaysia ialah RM8,168, manakala NVX155 (RM9,988). Itu belum harga kedai. Ya, paling mahal di Asean! Steadyy!!!

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, HLYM, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Karnival Gen Blu Yamaha, MAEPS, roda2, Serdang, Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Yamaha, Yamaha Doxou

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev