• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Hyundai Bangunkan Sistem ROA untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

Hyundai Bangunkan Sistem ROA untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

August 1, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

362
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI bakal membangunkan sistem Amaran Penumpang Belakang (ROA) sebagai standard keselamatan baharu untuk kereta jenama itu, diumumkan sempena Hari Pencegahan Strok Haba Kebangsaan (NHPD) di Amerika Syarikat (AS).

Sistem keselamatan itu akan dilengkapkan pada semua kereta baharu Hyundai menjelang 2022 untuk pasaran AS yang didatangkan dalam dua peringkat keselamatan, iaitu:

  • Sistem Logik-Pintu - Mengesan sekiranya pintu belakang terbuka atau ditutup tidak rapat sebelum kereta dihidupkan
  • Sistem Amaran Ingat - Pemandu diingatkan supaya memeriksa penumpang belakang apabila keluar kenderaan.

BACA >>> #Videotomotif: Budak 'Dipanggang' Dalam Kereta. Jangan Tidak Peduli, Mesti Peka dan Bertindak!

Sonata (2020) akan menjadi model pertama Hyundai yang akan menerima sistem tersebut sebagai ciri standard untuk semua varian. Turut dibangunkan ialah Sistem Amaran Penumpang Belakang Ultrasonik (UROAS), iaitu versi yang lebih maju dengan menggabungkan teknologi sensor ultrasonik untuk mengesan pergerakan kanak-kanak dan haiwan di tempat duduk belakang.

Jika sebarang pergerakan dikesan selepas pemandu keluar kenderaan dan pintu dikunci, kereta akan membunyikan hon dan menghantar isyarat kepada telefon pintar pemilik. Sistem amaran keselamatan ini akan ditawarkan sebagai opsyen tambahan untuk model Santa FE (2019) sebelum dijadikan ciri standard semua model Santa Fe dan Palisade, tahun depan.

BACA >>> 6 Fakta Pantas: Tentang Teknologi CVVD untuk Enjin Hyundai Baharu yang Perlu Anda Tahu

Agensi keselamatan jalan raya AS, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) mendakwa lebih 20 kanak-kanak maut akibat ditinggalkan dalam kereta setakat tahun ini. Malah, rekod tahun lalu mencatatkan, 52 kes kematian kanak-kanak mati disebabkan ditinggalkan penjaga masing-masing dalam kereta.

Menurut NHTSA lagi, suhu badan kanak-kanak lebih mudah meningkat naik hingga 3-5 kali ganda berbanding dewasa. Suhu dalam kereta pula mampu meningkat hingga 7ºC sepantas 5 minit. Bayangkan jika ditinggalkan lebih lama di bawah cuaca panas. Beringatlah!

BACA>>>#ApaNakBuat: Kabin Kereta Macam Sauna? Buat 5 Tip Ini untuk Kurangkan Panas!

VIDEO


SUMBER: CarScoops

Related

362
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Hyunda USA, hyundai, Hyundai Sonata, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), ROAS, Roda4, Sistem Amaran Penumpang Belakang, Sistem Amaran Penumpang Belakang (ROAS), Sistem Keselamatan Kenderaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev