• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Inilah Senarai Harga 5 Alat Ganti Honda Winner X yang Paling Mahal

Inilah Senarai Harga 5 Alat Ganti Honda Winner X yang Paling Mahal

August 2, 2019 By Aryon 1 Comment

5.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMPU signal belok dan paip ekzos adalah salah satu daripada lima alat ganti Honda Winner X (RS150R) yang paling mahal. Jika dibandingkan model pesaing utama, Yamaha Exciter 150 (Y15ZR), harga alat ganti Winner X jauh lebih mahal, menurut laporan media Vietnam.

Jadi, artikel ini mungkin boleh dijadikan panduan buat pembeli di Malaysia yang berminat membeli RS150R serba baharu nanti. Sebagai makluman, harga komponen di bawah adalah dalam matawang Vietnam, Dong dan sudah ditukar kepada Ringgit Malaysia (RM).

Jika mengambil kira harga kapcai Vietnam dan Malaysia yang tidak jauh berbeza (termasuk trend harga pengeluar lain, harga kedai lain), jadi bolehlah kita andaikan harga alat ganti atau komponen di bawah ini juga tidak jauh berbeza dengan pasaran Malaysia nanti. Mungkin juga lebih mahal.

Apapun, harap bertenang. Ini sekadar perkongsian.

BACA >>> #BikinMotor: Lagi Honda Winner X Dibikin, Ada 'Killer Switch' dan Sistem Kunci Pintar!

1. UNIT KAWALAN ELEKTRONIK (ECU) - 2.9 juta dong (RM518)

ECU boleh diibaratkan sebagai otak kenderaan. Komponen ini menguruskan semua aktiviti enjin menerusi data yang dikumpul daripada banyak sensor seperti campuran bahan api dalam kebuk pembakaran. ECU Winner X ialah peranti yang direka baharu sepenuhnya dan berbeza daripada model lama.

2. KONTROLER ABS - 3.8 juta dong (RM678)

Brek ABS hanya ditawarkan untuk varian Winner X paling premium. Ada tiga bahagian utama ABS, iaitu kontroler tekanan brek (brake pressure controller), kontroler ABS (ABS controller) dan sensor yang dipasangkan pada roda. Harga di atas adalah untuk kontroler ABS sahaja.

3. LAMPU SIGNAL BELOK - 2.6 juta dong (RM464)

Walaupun kompak saja saiz lampu signal belok Winner X ini, tetapi harga boleh tahan juga mahal. Setiap unit lampu signal Winner X berharga 650,000 dong (RM116). Sekarang darabkan dengan empat unit.

BACA >>> Pelik Tapi Benar, Harga Honda Winner X di Kedai Motor Vietnam Ikut Harga Pengeluar

4. PAIP EKZOS - 2.5 juta dong (RM446)

Rekabentuk baharu paip ekzos Winner X mendapat pujian ramai peminat kapcai di Vietnam. Selain memberikan penampilan sporty, deruman enjin model baharu ini juga lebih padu didengar berbanding model terdahulu. Harga pun semestinya padu juga.

5. PANEL METER - 2 juta dong (RM357)

Rekaan panel meter Winner X mirip seperti CBR 250RR dengan rekaan lebih sporty dan kompak. Namun, pemilik Winner X mendakwa bacaan meter kapcai ini agak susah dibaca pada siang hari kerana silau. Mungkin boleh dipasangkan tinted. Tetapi kalau sudah rosak, kenalah bayar ikut harga di atas. Tetapi komponen ini bukanlah jenis mudah rosak setiap bulan sekali.

SUMBER: News.Zing.vn

Related

5.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Aksesori Honda Winner X, Honda, Honda RS150R, Honda Vietnam, Honda Winner X, Kapcai, roda2, super moped, tip motosikal, underbone

Comments

  1. Luqman412 says

    August 15, 2019 at 8:05 PM

    Aku rasa normal jeh harga tu kecuali lampu signal. Mungkin signal dia LED yg build in kot. Tapi harga lain2 biasa je. Barang ori bang jgn compare brg copy 1:1 jalan ipoh.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev