SELEPAS Honda melancarkan Winner X dengan penampilan serba baharu, tiba-tiba muncul imej yang dikatakan Yamaha Exciter (Y15ZR) generasi baharu di media sosial dengan beberapa pembaharuan teknologi dan enjin.
Sebelum pelancaran Winner X, ramai peminat permotoran Vietnam mendakwa super moped Honda itu kurang mengancam dan sukar menandingi Exciter. Namun, selepas dilancarkan dan rupa sebenar ditunjukkan secara langsung, barulah masing-masing mengakui model baharu Honda itu ada daya tarik tersendiri. Kata orang, boleh tahan.
BACA >>> Vietnam Lancar Honda Winner X (RS150R) dengan Ciri ABS, Harga Bermula RM8.2k
Terbaharu, laman YouTube dari Vietnam, Mich Motorcycle menyiarkan video yang dikatakan sebagai Exciter generasi baharu. Berdasarkan plat nama belakang, model tersebut dipanggil Exciter 155 yang didatangkan dengan teknologi injap variabel, VVA (tertulis pada skrin meter).
BACA >>> #BikinMotor: Lagi Honda Winner X Dibikin, Ada 'Killer Switch' dan Sistem Kunci Pintar!
Namun, melihat imej dipaparkan, rupa Exciter 155 itu masih mengekalkan asas rekabentuk sama seperti Exciter versi sekarang. Cuma kali ini menampilkan beberapa perubahan seperti visor angin di panel kepala, lampu utama LED dua kluster, lampu belakang bentuk lonjong, dan bar grip belakang yang nampak seperti bersambung pelana serta kunci pintar. Masih tidak diketahui sama ada Yamaha akan memperkenalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk model generasi baharu ini.
Exciter 155 khabarnya akan dijana enjin silinder tunggal 155cc SOHC dengan VVA, iaitu enjin sama yang digunakan model skuter NVX dan sportbike R15 v3. Jika mengikut spesifikasi R15, Exciter 155 ini akan memiliki kuasa hingga 19hp, meningkat 4hp berbanding model sekarang.
Sebenarnya, berita tentang Exciter dengan enjin VVA sudah pun diperkatakan warga maya sejak setahun lalu. Bagaimanapun, masing-masing kecewa apabila Yamaha masih mengekal enjin sama untuk Exciter versi facelift.
Kini, dengan kemunculan Winner X, desas-desus mengenai enjin VVA untuk Exciter baharu muncul semula. Jika Yamaha tidak melakukan sesuatu, pastinya model itu berada dalam situasi tekanan, lebih-lebih lagi peminat Yamaha sendiri sememangnya menantikan sesuatu yang lebih segar untuk super moped itu. Paling dinanti ialah ciri ABS dan enjin yang lebih berkuasa.
BACA >>> Belum Seminggu di Pasaran, Sudah Ada Lampu Signal Aftermarket Honda Winner X
Mampukah Yamaha menunaikan hasrat itu?
Halimah bee bt noor says
Nice design..new generation
Anti Ketidakadilan says
tapi sayang2....banyak complain je lebih tapi beli tetap beli..
melayu2..Jom surpport biz cina!
Sufi says
Kawasaki x nak kuarkan super moped 150 cc ke ? Suzuki belang fi edisi moped ke? Ade la kelainan dn pilihan kat pengguna di Malaysia ni..
Sivarajan says
Saya berminat y15zr........
Shamsul says
Memang mantap kalau dapat menembusi pasaran malaysia.. ke laut la ysuku..