• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Renault Mégane R.S. Trophy-R Pecah Rekod Type R Lagi, Kini di Spa-Francorchamps Pula

Renault Mégane R.S. Trophy-R Pecah Rekod Type R Lagi, Kini di Spa-Francorchamps Pula

July 29, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RENAULT Mégane R.S. Trophy-R  menggegarkan dunia permotoran apabila mencipta rekod baharu April lalu di litar Nürburgring sebagai kereta pengeluaran pacuan roda depan (FWD) terpantas dengan catatan masa 7:40.1 minit.

Rekod tersebut mengatasi rekod dipegang Honda Civic Type R pada 2017 dengan masa 7:43.8 minit. Selain Nürburgring, ada satu lagi litar legenda, aitu Spa-Francorchamps, Belgium. Terbaharu, Renault baru saja mengesahkan, Mégane R.S. Trophy-R sekali lagi mencatatkan rekod baharu untuk kereta FWD di litar tersebut.

Masa dicatatkan Mégane R.S. Trophy-R ialah 2:48.338 minit. Menariknya, Honda Civic Type R pernah mencatatkan masa 2:53:72 minit di litar berkenaan pada 2018. Ini bermakna sekali lagi Mégane R.S. Trophy-R mengatasi Civic Type R.

BACA >>> Renault Megane RS Trophy-R (2019) Pecah Rekod Type-R di Nürburgring, 7:40.1 minit!

KEJAYAAN KEDUA SELEPAS NURBURGRING

Kejayaan itu dicapai dalam masa beberapa minggu selepas merekodkan catatan masa terpantas di Nürburgring. Seperti biasa, rekod baharu itu dilakukan pemandu uji dan jurutera RenaultSport, Laurent Hurgon. Beliau bukan calang-calang orang kerana sudah banyak rekod pandu uji dilakukan dengan pelbagai model RenaultSport.

Seperkara menarik mengenai rahsia RenaultSport mencipta rekod dan membangunkan kereta edisi khas adalah tiga aspek utama yang diberikan tumpuan: pengurangan berat, aerodinamik dan suspensi. Maksudnya, daripada menumpukan kepada aspek kuasa enjin semata-mata, RenaultSport menambah baik apa yang sudah ada.

Hasilnya berat Mégane R.S. Trophy-R mengalami penurunan dengan ketara, iaitu 130kg berbanding sebuah lagi model edisi khas Mégane R.S. Trophy.

BACA >>> Renault Megane RS di Malaysia, Harga Bermula RM279k, Langkawi Pula RM178k

PERUBAHAN SIGNIFIKAN

Antara perubahan yang dibuat ialah spilter belakang agresif untuk menjana lebih daya mendapan (downforce), roda depan dengan kamber lebih condong (negatif), gandar belakang corak H dan set suspensi Öhlins dua hala.

Model dengan spesifikasi ala kereta lumba itu digerakkan enjin 1.8L berkuasa 298hp yang memacu roda depan melalui transmisi manual 6-kelajuan dengan diferensial gelincir terhad (limited slip differential, LSD) Torsen. Berat kasar model ini ialah 1,650kg, begitu ideal untuk kereta dengan enjin bernadikan turbo. Daya pecutan 0-100 kmj hanya memerlukan 5.4 saat, manakala kelajuan maksimum 262kmj.

Mégane R.S. Trophy-R ialah model global dan hanya 300 unit dikeluarkan. Kepada peminat Renault, edisi lebih mesra pemanduan harian, Mégane RS ada dijual di pasaran tempatan pada harga bermula RM279,000.

BACA >>> Anugerah Auto Express: Honda Civic Type R Kekal Hot-Hatch Terbaik Tahun Ketiga

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Laurent Hurgon, Renault, Renault Megane, Renault Megane R.S Trophy-R, Renaultsport, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my