• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Pajero Sport (2019) Facelift dengan Wajah, Ciri Baharu Lancar di Thailand

Mitsubishi Pajero Sport (2019) Facelift dengan Wajah, Ciri Baharu Lancar di Thailand

July 26, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

335
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Pajero Sport (2019) facelift rasmi berlabuh di negara jiran, Thailand.  Selepas tiga tahun berada di pasaran, kini sudah tiba masa model tersebut mengalami proses kitaran produk. Selain berubah rupa, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu turut menaik taraf aspek ciri dari segi keselamatan, fungsi dan praktikaliti.

WAJAH BAHARU LEBIH SEGAR

Mitsubishi Pajero Sport Facelift (2019)_16
Mitsubishi Pajero Sport Facelift (2019)_21
Mitsubishi Pajero Sport Facelift (2019)_17
Mitsubishi Pajero Sport Facelift (2019)_19

Rekabentuk baharu Pajero Sport (2019) facelift nampak lebih lasak dan moden menerusi:

  • Rekabentuk lampu utama LED pada bampar, mirip Triton dan Xpander. Turut dipadankan lampu selekoh.
  • Tiga panel krom melintang sepanjang gril menjadi rekabentuk signatur baharu Mitsubishi, dipanggil Dynamic Shield. Wajah baharu ini lebih mirip kepada Triton.
  • Bampar depan lebih bersegi dan dipadankan plat skid perak sepanjang bawah pintu sisi.
  • Rim dual-spoke membuatkan kereta lebih panjang 40mm dan tinggi 30mm berbanding sebelumnya.
  • Rekabentuk fender depan lebih maskular dengan rel bumbung perak dan cermin sisi krom.
  • Lampu belakang LED direka baharu.
  • Spoiler baharu lebih sporty dan bampar belakang dengan kemasan perak dan plat skid.

BACA >>> #Spyshot: Mitsubishi Pajero Sport Dikesan di Puspakom, Bakal Masuk Malaysia?

KABIN MODEN DAN SERBA BAHARU

Mitsubishi Pajero Sport Facelift (2019)_12
Mitsubishi Pajero Sport Facelift (2019)_14
Mitsubishi Pajero Sport Facelift (2019)_8
Mitsubishi Pajero Sport Facelift (2019)_9
Mitsubishi Pajero Sport Facelift (2019)_2

Kabin masih kekal seperti model terdahulu, cuma berubah pada bahagian komponen:

  • Unit infotainment skrin sentuh lebih besar.
  • Konsol tengah, brek parkir elektrik (EPB), brek pegun (Auto Hold) dan kotak pindah (transfer case) berubah rekaletak.
  • Posisi dan bentuk penyaman udara berubah mengikut dimensi unit infotainment.
  • Kluster instrumen digital 8 inci pada panel meter dan skrin 12 inci untuk penumpang belakang.
  • Unit infotainment disertakan ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 1/2]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan
BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 2/2]: Ketahui Fungsi, Kelebihan dan Cara Menggunakannya

CIRI KESELAMATAN TERKINI

Pajero Sport (2019) facelift spesifikasi Thailand ini dilengkapi ciri keselamatan moden masa kini, terdiri daripada:

  • Kamera 360º
  • Pintu but elektrik dengan sensor kaki
  • Fungsi naik-turun automatik untuk semua tingkap kuasa dengan sensor anti-sepit
  • Bantuan Tukar Lorong (LDA),
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Bantuan Turun Bukit (HDC)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • 7 beg udara
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Tingkap Anti-Sepit (Anti-Pinch) Direka?

Bahagian mekanikal masih sama, dijana enjin diesel 2.4L VGT dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Pajero Sport (2019) facelift spesifikasi Thailand didatangkan dalam tiga varian:

  • Pajero Sport GT 2WD - ฿1,299,000 (RM172,760)
  • Pajero Sport GT Premium 2WD - ฿1,469,000 (RM195,370)
  • Pajero Sport GT Premium 4WD - ฿1,599,000 (RM212,660)

BACA >>> Mitsubishi Pindah Ibu Pejabat di Amerika, Kini Lebih Dekat dengan Nissan

GALERI

Related

335
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Mitsubishi, Mitsubishi Motors (Thailand), Mitsubishi Motors Malaysia, Mitsubishi Pajero, Mitsubishi Pajero Sport, Mitsubishi Pajero Sport Facelift (2019), Mitsubishi Thailand, Model Suv Proton, Roda4, SUV 7 seater

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
  • #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
    #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev